CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jan 9, 2011

Cerita Deby: Tembam vs Gemuk

Elo. Ni entry tengah hari. Deby baru pas abis kelas. Pagi-pagi lagi Deby kena dengar amanat tahun baru dari boss besar opis Deby ni. Terasa la bersemangat sikit nak kerja tahun ni. Hee.

Tadi buat group discussion dalam kelas. Kesian anak-anak kesayangan Deby ni, macam kelam-kabut sikit bila Deby suruh buat group discussion. Walaupun tajuk yang Deby bagi nampak berat, tapi sebenarnya kalau diorang pakar dalam menggunakan internet yang sangat luas ituh dalam setengah jam confirm dapat semua info yang diorang nak. Tapi takpe lah, Deby paham diorang tak pernah melalui benda2 cenggini.

Oh, Deby sebenarnya nak keluarkan satu isu ni. Isu ketembaman. Deby rasa ramai je kat luar sana tu pernah melalui apa yang Deby lalui nih.

Dulu kan, Deby sangat kurus keding tau. Berat badan pon paling-paling pon 42 kg je. Sampai lah Deby masuk universiti. Pastu berat badan Deby naik la. Sangat2. Tembam. Debab,

Pastu masa Deby sambung masters berat Deby turun balik. Mungkin masa tu tension kot pasal buat dissertation. Mungkin gak sebab masa tu Deby patah hati sket. (mungkin betul cakap orang kalo patah hati ni boleh kuruskan badan.)


Now, bila Deby dah kerja, dah duduk opis memanjang, pergh, naik mendadak gile. Deby nak gak la exercise, pergi gym bebagai, tapi Deby problem dengan commitment. Deby tak committed. Lagi2 kalo time2 Deby banyak kerja. Bila balik rumah dah penat gila, jadi tak larat dah nak pergi gym.

Deby pernah gak try diet. Tak makan malam la, tak makan nasik la. Bila Deby tak makan malam, sistem digestion Deby serious lari. Pastu Deby selalu la gastric, sakit perut, sakit kepala. Bila deby tak makan nasik lak, tak turun pon berat badan. Sama je lebih kurang.

Ada orang cadang makan sikit2. Dah try gak. Tapi cam susah lak. Nak try diet kalori tuh, pon Deby tak committed gak.

Try makan pil kurus la bebagai, bahaya la pulak. Tapi Deby tak pernah try lagi minum jusmate dR Rozmey tu (oh dah Dr. ek? dlu dR. Deby tertipu kot time tu). Or Deby tak pernah lak pergi all those slimming centers tuh.

Actually kalo nak diikutkan berat Deby masih lagi ideal, tapi Deby rasa tak selesa la bila badan naik cam belon nih. Yesterday Deby pergi beli jeans (my second attempt, my first attempt Deby rasa hideous sangat bila try jeans: Deby rasa gemok sangat = moral down gile), still Deby sedih sebab terasa diri sangat debab. Tapi at the end of the day, still Deby beli jugak, sebab Deby try satu jeans ni yang buat Deby nampak slim.

So sekarang ni kalo nak rasa slim Deby akan pakai baju-baju yang tak fitting, loose, and warna-warna gelap.

Kalo ada masa Deby nak sangat try pergi aerobic class yang ada kat belakang opis Deby ni. Tapi entah sampai sekarang tak berkesempatan lagi. heeee

Apa lagi ek cara yang Deby ley buat?


No comments: