CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jan 31, 2011

Bahana coke dan mentos

Deby pasti ramai orang yang dah tau pasal benda ni, tapi Deby nak share gak.

Reaction di antara diet coke dan mentos telah menjadi legend. Bayangkan minuman kegemaran dunia itu (oh, Deby tak suka ok), boleh menghasilkan explosion (okay, not the right term) sampai digelar sebagai bomb. Tetapi, for sure, bukanlah bomb sebenarnya. Mari kita lihat video ni:


Setakat yang Deby paham, reaction yang berlaku dikatakan sebagai physical reaction, bukan chemical. Tapi bagi Deby chemicals pon memainkan peranan penting jugak. Jika dilihat dari sudut ini,

Diet coke : less caffeine, sugar, potassium benzoate, aspartame dan carbon dioxide gas

Mentos: gelatin (gelling agent, derived dari collagen binatang selalunya) dan Arabic gum (digunakan untuk mengurangkan surface tension) 


Pada pendapat Deby, fenomena ni terjadi disebabkan oleh carbon dioxide yang terdapat dalam coke itu. Okay, sebenarnya molekul air sangat attracted to one another (daya tarikan antara satu sama lain yang sangat kuat) sampai mengakibatkan surface tension. Dan di dalam diet coke, terdapat molecule CO2 ini, yang juga dalam linkungan daya tarikan molekul air. Atau dalam ayat yang paling senang, molekul air dan molekul carbon dioxide menarik antara satu sama lain hingga menyebabkan berlakunya surface tension.

Carbon dioxide pula, apabila dikacau, akan menghasilkan bubbles of gas CO2. Kan kalau kita goncang botol air gas ni akan kuar bubbles yang banyak itu?

Jadi, apabila mentos dicampak ke dalam diet coke ni, mentos itu telah menggangu tarikan antara molekul air dan molekul CO2, dan mengurangkan surface tension, sekaligus memberi laluan untuk pembentukkan bubbles gas CO2.

Tambahan lagi, pada permukaan mentos itu ada ruang-ruang kecil (nucleation site) yang membenarkan pembentukkan bubble gas CO2 diatasnya.

Satu lagi penyebab terjadinya jet diet coke ini, apabila kita campak mentos ke dalamnya, mentos akan tenggelam ke dasar botol, jadi pembentukkan bubble gas terjadi (pada awalan) di dasar botol, dimana ia akan menolak gas tersebut ke permukaan, dan menjadi catalyst bagi pembentukkan gas bubble itu di tempat lain. (paham ke ape yg Deby cuba terangkan ni)

Ini adalah di antara chemical reaction kegemaran Deby. Tapi kawan2 jangan risau, bila kita minum air coke dan makan mentos, tak akan jadi chemical reaction sebegini dalam perut kita. Paling-paling pon kuar gas je. hehehehe

Read more: http://scienceray.com/chemistry/amazing-chemical-reactions/#ixzz1CatUvekz

Jan 20, 2011

Deby Pergi Camping

Esok  Deby kena g camping. Oh sangat tidak rela.

Oh, I am a weenie. Soo what?
Deby kena jadi fasi untuk satu group students nih. Hurm. Layak ke Deby jadi fasi ni? Dah la Deby memang sangat tak gemar masuk hutan.

Deby ni penakut. And sangat spoil. Tiap-tiap hari nak tido atas tilam empuk, batal nak kena ada dua bijik and kena tido ngan teddy bear Deby. Kalo tak, tak leh tido.

Deby nak mandi kat tempat mandi yang sepatutnya, yang ada shower head. Yang ada proper toilet. Urgh.

Deby paling tak suka night walk. Erm, Deby masih lagi tidak reti menghargai suasana hutan di waktu malam dimana haiwan-haiwan nocturnal akan keluar mencari makan. Oh sangat tidak rela.

Deby rasa pengalaman Deby paling teruk adalah ketika Deby pergi teambuilding universiti Deby buat. Kat satu camp di pantai timur. Itu la paling teruk. Yelah, masa Deby budak-budak dulu Deby selalu gak la dipaksa pergi camping. Tapi ye lah gak, kita budak-budak kan, so tak ada lah yang teruk-teruk sangat.

Tapi bila pergi camping time dah tua nie, lain betul rasanya. semua orang anggap kita ni dah adult, so dah tak penakut and ada daya ketahanan yang tinggi. They are soooo wrong!

Memang pengalaman yang paling tak best la. Kena buat water confidence, masuk hutan dalam gelap sorang-sorang, dan macam-macam lagi lah. Deby sangat tak suka! Tapi ada satu part je Deby suka, Deby dapat main flying fox. Itu je best. lain semua tak best.

So atas segala hujah-hujah diatas, Deby rasa Deby lah fasi yang paling tak layak kat dunia ni. Tapi, what to do? atas nama urusan kerja and tanggungjawab, terpaksa la Deby redah gak...

Haih. Dah lah harini Deby penat sangat. Dari kul 8 sampai kul 2 tadi Deby ada kelas, straight, non-stop, siap overlap lagi. 2 kelas Deby bertindih hari ni. Memang penat kena ulang alik. Diorang ni ingat Deby ni ley buat clone ke?

Penat, penat juga. Tapi Deby tetap tak boleh tido nih. Adakah ini disebabkan oleh penangan red bull yang Deby minum tadi?

Red bull lah formula Deby untuk tidak mengantuk ketika driving balik KL. (Rasanye Deby pernah cakap dulu). Dan memang terbukti berkesan (setakat ni).

Deby patut ada phone interview dengan supervisor dari Canterbury nih. Tapi tak dapat-dapat. Dia pon dah email macam bengang je tak dapat cakap ngan Deby. Nak buat macam mana, minggu ni jadual Deby pack sangat. Jangan dia give up taknak call Deby lagi, sudah.

Tapi kawan Deby ada cerita Canterbury tahun lepas kena gempa bumi, and baru-baru ni kena lagi sekali. Emm. Menakutkan la pulak kalo fikir balik.

Deby still  tak limit kepada 1 universiti. Deby tengah tengok universiti lain juga. Manchester, salah satunya. Supervisor tu pulak  dah tanya bila nak apply. Memang Deby nak apply pon, so don't worry ok. Tengah processing nih.

Okay, Deby perlu beradu. daa!

Jan 17, 2011

Kemalangan yang mengerikan

Okay, Deby punya title tu cam gempak je kan. Tapi iye lah, memang bagi Deby sangat mengerikan bila Deby tengok....

Kucing kena langgar tengah jalan.

Deby sedih sangat. Rasa nak jerit ada, nak nangis ada. Kesian Cik Kucing yang comel-comel tu kena langgar atau kena lenyek dek keta, moto, lori dan sebagainya.

Dah la Deby nak bela kucing kat rumah sewa Deby ni tak boleh. Housemate Deby semua penakut kucing.

Meow yang comelllll
Hari tu Deby pergi kedai kucing kat sini. Comel gile meow2 dia. Kittens dia pon nampak sihat-sihat je. Tapi Deby tak boleh bela, Sedih sangat.

Deby suka bela kucing-kucing biasa ni. Sebab diorang lagi manja dan pandai amek ati Deby. Dulu Deby pernah bela DLH seekor. Nama dia Jerry. Colour dia cam Garfield. Tapi dia dah RIP dah, masa umor dia 8 tahun tak silap Deby.

Pastu Deby taknak bela dah yang macam tu. Sedih wooo.

Tapi Deby sekarang ada berapa ekor ntah kat hometown Deby tu. Semua kucing kampung a.k.a DSH. Semua comel-comel. Oh rinduuuuuu.

Mama Deby sebok teringin nak seekor cam Jerry tu. Tak de sapa nak bagi kittens for free ke? Hikhik


Jan 12, 2011

Facebook Akan Ditutup: Exposed!

Okay, Deby tak tau la nape orang cepat sangat bila dapat pape news yang ala-ala shocking gitu, terus je copy, paste, upload, link, bebagai. Ni memang tabiat semua orang yang tak reti nak semak dulu sebelum post apa-apa. Nampak sangat kita ni sebagai manusia cepat betul melatah. Kekadang tu Deby rasa cam tak best sangat sebab isu-isu pasal makanan halal tak halal bebagai yang mungkin akan mengganggu periuk nasik orang disebarkan tanpa diteliti terlebih dahulu.

Haritu kecoh 1 Malaysia pasal FB akan ditutup. Bagi seorang FB-er yang sangat tegar, news camni memang la akan menakotkan Deby. So, first step Deby buat, Deby akan check dulu source dia. So ok, Ini source dia yang menyebabkan satu dunia kecoh:

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!

Posted on Sunday, January 9th, 2011
By J.B. Smitts




3398 Votes

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
read the rest of the entry here: worldweeklynews 
Lepas Deby tengok website nih, Deby terus tak percaya website nih. Worldweeklynews ni adalah satu blog yang selalu post berita2 yang palsu dan rekaan semata-mata. Pernah browse tak website dia? Ada banyak artikel tentang aliens, mutants, etc. So blog camni kira legit ke?

Pastu deby pon search la news yang berkaitan dengan FB. pastu Deby jumpa news ni:

link: Yahoo! news


Facebook denies shutdown rumors


Facebook denies shutdown rumorsAFP – A rumor Facebook was shutting down wafted over the Web, forcing the hugely popular social network to …
LAS VEGAS (AFP) – A rumor Facebook was shutting down wafted over the Web, forcing the hugely popular social network to deny it had any intention of closing.
The rumor was started by a satirical online website whose other news flashes include such items as "Alien Spaceships to Attack Earth in 2011" and "George Clooney Running for President."
As unlikely as it would seem that the social network with more than 500 million members would shut down, the rumor spread rapidly on Twitter and on Facebook itself.
Facebook denied it was shutting down in a statement posted on... Facebook.
"We didn't get the memo about shutting down, so we'll keep working away like always. We aren't going anywhere; we're just getting started," it said.



Jadi sekarang, kita nak percaya yang mana satu?

Ini response dari FB sendiri:






Bagi Deby, melainkan Zuckerberg sendiri yang buat press conference bebagai dan direkod oleh BBC News dan seangkatan dengan dia, baru lah Deby percaya. Time kasih.


Jan 10, 2011

Keputusan AJL ke 25... Cik Deby Pelik!!

Terus terang, Deby rasa pelik sangat AJL 25 nih. Lagi best tahun2 lepas, time Yuna menang, time MUH menang. Kali ni, macam hambar sket. Performances pon kebanyakkan dia so-so je.

Contoh. Juara AJL, Ana Raffali. Serious Deby cakap, Deby memang suka sangat lagu dia. Lagu dia unik. Tapi, dia perform sangat tak best on stage. Suara pon tak mantap.

Even Yuna pon, dulu masa dia perform Dan Sebenarnya, vocal dia best. Tapi untuk lagu Cinta Sempurna ni, Deby dengar cam something wrong somewhere. Tapi mungkin gak sebab sound system pelik kot. Lagu Cinta Sempurna best ok, mendalam maksud dia tau!

Performance API, Black, MUH, Bunkface, tu semua best, tapi macam tak outstanding.

Faizal Tahir layak la menang best performance, sebab ada tangki air tu. Hee.

Noktah Cinta menang no 3. Hurmmmmm

Drama King no 2. Okay laa...

No 1 Tolong Ingatkan Aku. Hmmm

Deby ingatkan 30% markah dari performance on stage. Tapi ntah. Deby tak sure jury camne.

Best vocal Hafiz Noktah Cinta. ??????????????????

Pelik laaa.... Best lagi AJL 24, 23, 22...

tapi tu pendapat Deby je. Orang lain tak tau la.

Oh, Siti perform macam dia bertanding gak. Nampak a bit slim. Apa rahsia die ek?

Nash, M. Nasir, best2.

Dah tu je. Yang lain tak menarik minat Deby sangat. Or maybe coz Deby banyak ter-miss. Housemate sebok nak tengok drama kat TV1.


Jan 9, 2011

Cerita Deby: Tembam vs Gemuk

Elo. Ni entry tengah hari. Deby baru pas abis kelas. Pagi-pagi lagi Deby kena dengar amanat tahun baru dari boss besar opis Deby ni. Terasa la bersemangat sikit nak kerja tahun ni. Hee.

Tadi buat group discussion dalam kelas. Kesian anak-anak kesayangan Deby ni, macam kelam-kabut sikit bila Deby suruh buat group discussion. Walaupun tajuk yang Deby bagi nampak berat, tapi sebenarnya kalau diorang pakar dalam menggunakan internet yang sangat luas ituh dalam setengah jam confirm dapat semua info yang diorang nak. Tapi takpe lah, Deby paham diorang tak pernah melalui benda2 cenggini.

Oh, Deby sebenarnya nak keluarkan satu isu ni. Isu ketembaman. Deby rasa ramai je kat luar sana tu pernah melalui apa yang Deby lalui nih.

Dulu kan, Deby sangat kurus keding tau. Berat badan pon paling-paling pon 42 kg je. Sampai lah Deby masuk universiti. Pastu berat badan Deby naik la. Sangat2. Tembam. Debab,

Pastu masa Deby sambung masters berat Deby turun balik. Mungkin masa tu tension kot pasal buat dissertation. Mungkin gak sebab masa tu Deby patah hati sket. (mungkin betul cakap orang kalo patah hati ni boleh kuruskan badan.)


Now, bila Deby dah kerja, dah duduk opis memanjang, pergh, naik mendadak gile. Deby nak gak la exercise, pergi gym bebagai, tapi Deby problem dengan commitment. Deby tak committed. Lagi2 kalo time2 Deby banyak kerja. Bila balik rumah dah penat gila, jadi tak larat dah nak pergi gym.

Deby pernah gak try diet. Tak makan malam la, tak makan nasik la. Bila Deby tak makan malam, sistem digestion Deby serious lari. Pastu Deby selalu la gastric, sakit perut, sakit kepala. Bila deby tak makan nasik lak, tak turun pon berat badan. Sama je lebih kurang.

Ada orang cadang makan sikit2. Dah try gak. Tapi cam susah lak. Nak try diet kalori tuh, pon Deby tak committed gak.

Try makan pil kurus la bebagai, bahaya la pulak. Tapi Deby tak pernah try lagi minum jusmate dR Rozmey tu (oh dah Dr. ek? dlu dR. Deby tertipu kot time tu). Or Deby tak pernah lak pergi all those slimming centers tuh.

Actually kalo nak diikutkan berat Deby masih lagi ideal, tapi Deby rasa tak selesa la bila badan naik cam belon nih. Yesterday Deby pergi beli jeans (my second attempt, my first attempt Deby rasa hideous sangat bila try jeans: Deby rasa gemok sangat = moral down gile), still Deby sedih sebab terasa diri sangat debab. Tapi at the end of the day, still Deby beli jugak, sebab Deby try satu jeans ni yang buat Deby nampak slim.

So sekarang ni kalo nak rasa slim Deby akan pakai baju-baju yang tak fitting, loose, and warna-warna gelap.

Kalo ada masa Deby nak sangat try pergi aerobic class yang ada kat belakang opis Deby ni. Tapi entah sampai sekarang tak berkesempatan lagi. heeee

Apa lagi ek cara yang Deby ley buat?


Jan 7, 2011

Hujan Lebat = Banjir

Untuk pengetahuan korang, Deby sekarang menetap kat salah satu negeri di Pantai Timur. Sebabnye, Deby bekerja kat sini, menabur kasih sayang kepada generasi2 muda mudi kat tanah air nie (ok, ayat skema bangat).

Kekadang tu diorang suka gak la menguji tahap kasih sayang Deby kat diorang, but that's another story.
credits to clangnuts

Sekarang ni hujan lebat bangat kat sini. Dari semalam lagi. Sampaikan malam semalam  Deby terpaksa cancel class ganti Deby sebab hujan lebat sangat.  Bila Deby kuar opis semalam, Deby tengok air dah naik. Bila Deby membayangkan ape yang ada dalam air tu (dimana air tu datang dari longkang and parit, ok), Deby geli giler. Tapi apekan daya, kena redah gak. Kalo tak Deby tak leh balik.

Bagi seseorang yang tak penah rempuh banjir, walaupon KL tuh pon penah je banjir, Deby dah rasa  dua kali dah kat sini. Let me tell you, tak best pon. Sebab dalam diri Deby ade satu sifat kegelian kepada segala benda yang datang dari longkang, kecuali kucing2 Deby yang suka kuar masuk longkang tuh. Itupon Deby kena mandikan diorang (oh, kucing pon pandai mandi diri sendiri taw. So kurang sket la kotor dia). Jadi bila nak lalu tempat air naek tu macam.... ewww...

Tapi kan, satu benda yang best time-time hujan camni: sejukkkkk! Ikutkan hati Deby nak je berselubung ngan selimut pastu taknak gerak2. Tapi cam melampau la plak. Lagipun, Deby bangun awal giler arini walhal arini cuti. Bangun dari pukul 5 pagi lagi. Pastu golek2 je atas katil sebab tak tau nak buat ape. Hahaha

Oh, yang menariknya pasal banjir nih (at least kat opis Deby la), Deby ternampak anak ikan berenang2 kegembiraan. agaknya sebab ruang untuk diorang berenang dah beso kot. Hehe.

Kepada semua orang kat luar sana yang tak penah rasa banjir, mai la datang sini. Rasa sendiri, best ke tak. Deby dah rasa, korang bila lagi?


Jan 6, 2011

Cik Deby Pelik: Orang Yang Suka Compare

Cik Deby betul pelik, nape laaa manusia ni suka sangat compare2 atau suka membanding-bandingkan satu sama lain? Best ke buat camtu uols? Bukan ke adat comparing nih lagi banyak bawak keburukan? Ketidakpuasan hati, iri hati, sangka buruk dan lain-lain lah.

Contoh: Anak si A dapat 10A1 dalam SPM. Jadi mak dia pon berkata," tengok anak saya ni. Pandai belajar. Dapat 10A. Dah besar nanti jadi doktor/lawyer/atau papelah. Tengok anak si B tu. Dah lah belajar tak pandai. Bazir duit mak bapak je"

Kalo la anak si B tu dengar, tak ke kecil hati dia nanti? Lagipun kan makcik (kepada mak si A ni lah), jangan pandang pada results periksa je tau. Kadang-kadang luaran yang cantik, tak bermakna dalaman pon cantik. (ecceh, Cik Deby bermadah puloks malam2 nih). Kekadang yang luaran buruk ni la permata yang tak ternilai harganye bila dah di polish. Hikhikhikhik

Tapi tu contoh kecik. Nih satu lagi contoh Cik Deby nak bagi. Contoh ni memang sangat-sangat Cik Deby benci dan menyampah.

credit to: clipartpal.com
Contoh 2: Satu kapel nih tengah bergaduh pasal nak kawin. Si pompuan mendesak Si laki masuk minang, sebab dah lame sangat bercinta. Dah nak dekat 5 tahun dah gamaknye. Si laki nih puloks taknak komitmen. Maka macam-macam alasan si laki ni bagi. Bile dia dah tak tahan kena desak, last-last si laki ni kuarkan ayat sakti dia.... jeng jeng jengggg... (sound effect japs... LOL):

"U ni suka btul paksa-paksa i. Cuba tengok ex i si Lisa Surihani tuh, tak pernah paksa. Ikut je cakap i. Hormat je i. U ni langsung tak reti hormat i!"

Haaaa.... Cik Deby nyampah sungguh kalo jumpe mamat macam ni. Hello? Kalo ex ko tu best sangat, yang ko pegi tinggalkan dia tu pehal? Pergi la balik! Tak sedar selama ni aku korban macam-macam untuk ko, pastu dengan ex ko tuh kaki kencing ko, pasang spare part sana sini, itu ko kata baik sangat?

Oppsss... Emo sudah!

Ehem. Bukan apa, Cik Deby tak suka betul kalo jumpa laki yang suka sangat compare current girl dia dengan ex dia. I mean, tolong la hormat sikit perasaan girl dia tu. Yang lepas tu lepas la. Dari dia ungkit pasal ex dia, baik la dia pergi carik jalan penyelesaian, kan bagus. Ish ish...

Oh by the way, Lisa Surihani tak ada kaitan dalam cerita ini ok? Cik Deby letak nama dia pon sebab Cik Lisa ni memang Cik Deby punya faberet actress la gituh. Dah la so sweet, comel, sopan lak tu. Tak macam sesetengah artis sekarang yang kalo pergi mana-mana awards show kena pakai skirt slit sampai ke pangkal peha. Bagi free show kat menteri yang attend tu je. I mean, come on la, you are on live TV. Kalo ye pon its the latest trend, please remind yourselves that little kids and children are watching the show as well.  You as a role model should understand your role.

Ok, Cik Deby melalut lagi.

Entah ek, Cik Deby secara personally tak paham lagi konsep compare2 nih. According to Mr F, dia kate compare2 ni bagus untuk naikkan semangat seseorang tuh. Tapi entah ek, tak pernah naik pon semangat Cik Deby bila orang compare Cik Deby ngan orang lain. Lagi sakit ati ada lah. Tapi yang lagi Cik Deby tak bley trima bila si BF atau Si GF compare pasangan dia dengan ex dia. Sakit wooo. Mungkin la ex korang tu se-cun Lisa Surihani, tapi itu cerita lama kot? Tak perlu la ingat balik ye tak? Nampak sangat la uols tu tak boleh lupakan ex uols. Sebab itu disebut-sebut nama dia.

Okay. Cik Deby rasa sudah sampai masanya untuk Cik Deby beradu. Mata Cik Deby dah berat gamaknye. Esok pagi2 Cik Deby ada lab. Sat g bangun lambat karang ade yang sampai opis lambat karang. Hahaha.

Jadi Selamat malam semua. Muuuackkkk!

Jan 5, 2011

Blog Baru Cik Deby!

Selamat datang ke blog Cik Deby.

Ye... Cik Deby telah membuka blog baru. Kalo dulu uols penah bukak blog English Cik Deby, uols patut tau yang Cik Deby ni skema orangnya....

SOOOO NOT!!!
Fly Fly Away!!!

Tapi, tujuan Cik Deby buat blog baru ni sebab Cik Deby nak mendekatkan lagi diri Cik Deby dengan Bahasa Melayu. Alkisah, Cik Deby ni berhasrat nak fly flyyy awayyy ke tanah orang lain. Maka, Cik Deby xmo la lupa bahasa ibunda Cik Deby nih. Okay, Cik Deby tau, bahasa Cik Deby kat sini bahasa pasar je. Tapi at least, Cik Deby tak nak lah tak pakai langsung bahasa kita nie.


Lagipon, kat blog lama Cik Deby tu ada stalker lah. Oh, bukan stalker apa, tapi ada la orang tu suka sangat baca blog Cik Deby, pastu pegi komen sana sini kat orang lain. Cik Deby bukan apa, dah sah-sah Cik Deby bahagia dengan Mr F Cik Deby, sah-sah Cik Deby happy ngan life Cik Deby sekarang. So, nape nak sibuk2 lagi kannnnn...

Lagipun kat blog lama tu Cik Deby memang cover2 sket la, ala-ala cover2 ayu gtu (oh pullezee!), memang Cik Deby langsung tak laser lah! So kat sini Cik Deby nak laseeeerrrr kan mulut Cik Deby, ala2 pemain2 bola kita kena laser ijau aritu. Heeee.

Actually, blog ni memang akan banyak la citer daily life Cik Deby ni dan juga bagaimana Cik Deby struggle nak g sambung belajar kat somewhere over the sea tuh. Mari la kita bersama-sama ye?

Love,