CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jun 26, 2012

susah nak cabut road tax?

hello... baru2 ni Deby dah renew road tax untuk wubbie (nickname keta) deby. Deby baru perasan, road tax tahun lepas n tahun2 lepas masih melekat lagi kat cermin.

Susah betul nak cabut road tax tu eh? diorang pakai gam hape nie? melekat2 kat cermin. hati dah geram.
gambar diambil dari google.

Deby try basahkan towel dan gosok. tak jadi pape.

Deby try minyak masak plak. tak boleh juga.

Last2 dok fikir2, mungkin acid atau acetone boleh remove kan kesan gam nie.

Since deby tak ada acetone, so Deby pun guna cuka. and it works! memang hilang abis semua kesan2 gam tu.

Warning: tips dibawah hanya untuk cermin yang tak tinted. Kalau tinted n nak try, do it at your own risk. Deby tak tau apa akan jadi kat film tint anda, sebab deby tak penah try atas cermin tinted. 

Jadi kawan2, kalau susah nak cabut road tax dan x boleh nak hilangkan kesan gam, tak perlu nak carik WD-40 tu (ada blog suggest guna ni), bukannya kita selalu stock benda tu. Ada penyelesaian yang simple.

1) guna cuka. cuka nie kan acetic acid? dan acid boleh meleraikan ikatan gam (may dissolve its bonds). Cuka boleh dapat kat kedai mak kiah kat belakang rumah tu.


2) guna nail polish remover a.k.a acetone. acetone selalu digunakan untuk dissolve organic materials, sebab tu kita guna acetone untuk remove nail polish. so patutnya should work kat gam tu.


Begitu jugak kalau bermasalah dengan gam gajah atau superglue. Boleh guna dua method diatas. 


Tapi kalau gam gajah melekat kat tangan/kulit tu, deby cadangkan panaskan kawasan bergam tu sama ada dengan rendam dalam air panas atau blast dengan hair dryer. baru buat step di atas. bukan apa, cepat sikit untuk remove lepas activate dengan heat. hee. kalau kat kereta camne nak pasang hair dryer, kan?


Cubalah. Selamat maju jaya! :D





2 comments:

dhiera said...

satu lagi tips: tanggal kan roadtax masa kereta dah panas berjemur di panas matahari. tanggalkan sikit2.. hehe

Cik Deby said...

betul tu dhiera, heat pon leh tanggalkn. tp kekadang ade lg bekas2 tertinggal.