CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jan 11, 2012

De-stressing regime

Salam semua,

Harini Deby nak share apa yang Deby buat kalo Deby stress yang amat. Lately ni Deby sangat2 stress, dengan projek PhD nye, dengan masalah 'itu' nye (b2b 2012 mesti paham kan). Deby sekarang asyik tak boleh tido je, kekadang pas Subuh baru terlena. Jadi malam ni Deby try buat regime Deby sendiri, dengan harapan Deby boleh relax dan akhirnya tido.

1) spray setiap bantal, tilam, duvet, selimut, towel, langsir, etc dengan The Body Shop Cranberry Joy Body, Room & Linen Spritz. 


Sebabnya: bila environment yang wangi dan bersih, kita mesti automatically happy kan? cranberry joy ni bau dia macam fresh berries. sedap sangat.

2) mandi dengan The Body Shop Cranberry Joy Bath & Shower Gel. 3 kali. hehe


Sebabnye: 1, kena mandi lepas balik kerja, especially kalo dok bergelimpangan dalam lab sehari suntuk. Satu cara untuk segarkan badan. Pastu, dengan shower gel yang bau fresh camni, memang segar + happy = relax. Tapi lain orang lain kesukaan dia, Deby suka bau fruits. ade orang suka bau fern, or wood ke. Depends on minat masing2 la. :) Kenapa 3 kali? Saje gedik. hehe

3) Scrub satu badan dengan Dead Sea Salt Spa. Yang ni Deby baru beli dekat Soap & Co:


Sebab: Deby suka scrub, dapat remove semua dead skin cells. yang sea salt ni memang bagus untuk melicinkan kulit. Best pamper ourselves kekadang. Lepas scrub rasa kulit licin dan lembut je. Yand Salt ni Deby beli bau Lavender Vanilla, bagus untuk relaxation.

4) Sapu Shea Body Butter by the Body Shop satu badan.


Sebab: untuk melembapkan kulit. sini cuaca sejuk, so kulit boleh dehydrated, kering.

5) sambil2 buat regime di atas, pasang lagu2 soothing. Pilihan Deby, lagu2 by Yiruma:



6) Akhir sekali, sebelum tido, pastikan kita pakai skincare yang sepatutnya. Macam Deby, Deby pakai Aloe Vera toner, night cream, dan Shea Butter Lip Balm. Semua dari Body Shop. Ini semua supaya bila kita bangun tido esok, muka kita fresh, well rested, and well hydrated. :)

Dan jangan lupa baca doa sebelum tido tau. :)

Ok, good night semua!

P/S: Deby bukan promoter The Body Shop k.

Love,


Jan 7, 2012

Kulit kering sebab musim winter

Salam semua,

Deby nak share sket pengalaman Deby kat London nih. Dalam banyak2 la perubahan Deby kat sini, yang paling Deby tak suka bila kulit muka Deby jadi kering sangat2.

Selama ni kulit Deby jenis oily, which I like, sebab mama cakap orang kulit oily ni lambat sikit berkedut. Hehehe. Jadi selama ni Deby cuma pakai skin care, make up yang sesuai untuk oily skin lah.

Masa Deby mula2 sampai London dulu, tengah panas lagi, penghujung summer. Panas sama je macam kat Malaysia. So ok lah kan.

Tapi semenjak bulan 11 haritu, makin lama sini makin sejuk. Penah sekali cecah sampai 0 degrees. Mula2 complain gak la kan sejuk, tapi lama2 macam best lak sejuk2 ni. Bila tetiba hari panas, Deby start complain lak tak tahan. hehe. Gedik tak?

Tapi lately ni, walaupun suhu tak sejuk mana (7-8 degrees camtu je), tapi disebabkan angin yang sangat kuat (haritu sampai 100+ mph), sejuk sangat2. Dan rupanya, kulit Deby tak tahan! Kulit Deby jadi gatal2, kering, dan menggelupas. Geram sangat. Tapi jadi kat muka je, badan ok. Maybe sebab badan covered, muka je terdedah kat angin sejuk tu kot? Lagipun, selalu lepas mandi Deby akan pakai Shea Body Butter dari The Body Shop, jadi maybe cukup lah kot.

Yang buat Deby lagi geram tu, Deby baru je beli set dermalogica untuk oily skin. Dah tak boleh pakai (sebab lagi teruk kering jadinya).

Pastu Deby ada beli gak Maybelline Dream Matte Mousse, pon tak boleh pakai dah. Agak2 kalau simpan sampai summer ok tak? huu.

Maybelline Dream Matte Mousse. Sangat bagus, especially untuk kulit oily

Jadi macam2 lah Deby usaha nak normalkan balik kulit Deby ni. tak suka betul kalau dia tak lembut n halus mulus gitu. :p

Mula2 Deby cuba pakai olive oil:


Cubaan pertama berjaya. Kurang sikit kering kulit Deby. tapi tak lama lepas ok tu, jadi balik menggelupas tuh. isk. geram betul.

Lepas tu Deby try pulak pakai baby bottom butter ni (landlady yang cadangkan, sesuai untuk eczema):


Antara ingredient butter ni: Olive oil, vanillin, Chamomile Oil
Deby rasa oklah, peeling tak teruk sangat lepas tu, cuma kena kat bahagian dagu je.

Lepas tu Deby tak puas hati lagi, google jap, ada orang cadangkan Olay double protection ni,


Memang sangat membantu, best pakai, rasa lembut je muka. Ni moisturizer old skool punya, dah lama dah nie. Ada lagi banyak cadangan Deby dapat haritu, macam Clinique Moisture Surge (tapi tak beli sebab mahal, so ingat kalau product lain tak menjadi, baru beli yg ni) dan  Cetaphil (penah pakai dulu, memang suitable for sensitive skin, tapi tak jumpa lak masa g Boots aritu).

Pastu fikir2 balik Deby kena tukar the whole set of skin care Deby, sebab semua mostly untuk oily skin. Jadi buat sementara ni, Deby try pakai The Body Shop Aloe Vera skin kit:


Alhamdulillah, setakat ni skin care ni sesuai dengan keadaan kulit Deby yang sangat dry nie. Harapnya pasni tak la kering2 dan menggelupas lagi.

Untuk ganti Maybelline Mousse tu pulak, Deby beli product Bourjois (Paris) Healthy Mix Serum Gel Foundation. Erm, coverage dia light, ala2 tinted moisturizer, jadi sangat sesuai dengan dry skin. Dah la tu, dapat free gift Bourjois Elastic Mascara (bila try pakai tadi, terbukti berjaya elongate eye lashes).


Baru sekarang Deby realized, banyaknya barang makeup Deby. Ok, memang dari dulu Deby memang gilakan makeup, tapi kat sini Deby makin teruk. macam2 Deby beli. Agaknya kalau Deby start posting pasal  makeup ada orang nak baca tak?

P/S: tadi Skype ngan mama, mama boleh lak cakap (not the exact words): senang ati mama anak mama dah pandai nak menghias diri sekarang. dulu2 zaman matrik, zaman degree mana reti nak makeup n melawa2 ni. erkkkk... mama ni! Its a way of saying, I'm getting older, right?

XOXO,


Jan 4, 2012

Cincin idaman

Salam semua. Tadi Deby tetiba terasa nak baca blog lama Deby (Deby ada blog English, tapi dah tak update dah sekarang). Dalam banyak2 post, Deby terperasan satu post ni, tentang guide how to buy a ring.

Dalam post tu Deby mention, cincin idaman Deby macam ni:
Berangan sangat kan? Tapi tu lah, lepas dah tunang ni, baru Deby sedar. Tak kira besar or kecik diamond tu, real or only zircon, yang penting tujuan apa cincin tu dan siapa yang beri. Cincin tunang Deby adalah tanda ikatan Deby ngan Mr F, ia adalah langkah pertama sebelum menjadi suami isteri. Dan cincin Deby ni adalah lebih berharga dari mana2 cincin yang wujud dalam dunia ni. (ok, mood jiwang balik. hehe). Jadi Deby sangat bersyukur dengan pemberian en tunang. <3

Eh alamak, Deby ada kerja kena buat. Kerja yang sv bagi sebelum cuti aritu tak settle2 lagi nie. Abis lah saya... >.<

Nanti dah settle kerja ni Deby akan post guide untuk memilih diamonds k.. :)

XOXO




Jan 2, 2012

Fallen In Love Again


Adui, ni lagi satu entry jiwang. Hukhuk. Entah kenapa lately asyik jiwang je Deby ni. Masalah tul.

Baru2 ni Deby macam kecik hati sangat ngan en Tunang. Susah nak cakap kenapa. Tapi memang kecik hati betul lah. And punyalah kecik hati, sampai Deby sanggup post ni kat facebook:


Kejam tak Deby? Sampaikan adik en Tunang boleh like post Deby tu. Isk. Isk. Tapi masa tu memang kecik hati sangat, sampai Deby berazam tak mau contact en Tunang. Biar dia lak carik  Deby. Konon nak test la bapa lame dia boleh tahan kalo tak contact Deby.

Guess what? En Tunang tahan sehari je. Tu pon sebab dia balik kerja penat, masuk bilik terus tertido.

Pagi2 tu dia bangun terus BBM Deby. Ok la, tapi Deby buat2 tak kisah sangat la. Macam tak ada perasaan gitu.

Pastu en Tunang pelik la kot. So dia buat2 la sweet camtu. BBM pon manis2 jeeee. Hikhik. Still Deby buat2 biasa lagi.

Sampailah tadi. En Tunang BBM, simple je pon: "cyg, abg pergi keja dulu k. Muah"

Deby terus jatuh cinta balik!!! Nak tau kenapa? Sebab en Tunang tak penah bahasa diri dia abg ngan Deby. kitorang lebih kepada awk sy, or i u je. Tapi tetiba tadi dia gelar diri dia abg.

Terus ada bunga2 dalam taman. hehehehe.

Betul la cakap orang. hati perempuan ni macam kerak nasik. Kejap je cair. Hehe.

Isk. ok2. cukup2 la entry jiwang. Kbai!

P/S: tadi tengok vid nikah b2b Rilla. Awww, sweet sgt. nanges sket part hujung2 tu (ok, deby mmg slalu nanges masa org nikah. syahdu je). Bila la agaknya turn Deby ye?

XOXO,