CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apr 16, 2012

10 Tips Penjagaan Rambut

Deby tak boleh nak tidur ni, walhal esok kena bangun awal. Deby ada satu perasaan tidak senang dengan isu yang hangat diperkatakan sekarang (kalau korang follower twitter Deby, mesti korang phm), jadi untuk menenangkan ati, Deby ingat nak buat entry ni la, saja untuk berkongsi dengan korang.

Deby bukan pakar tau! Deby cuma nak kongsi je tips yang Deby dapat daripada hairdresser Deby, dari Mr Google, and dari pengalaman Deby sendiri, itu je. Jadi kalau tips yang Deby bagi ni tak berkesan kat korang, Deby mintak maap ye.

Kita semua tahu, rambut tu mahkota seorang wanita. Sebab itu kita perempuan ni kena sorok rambut kita drp pandangan bukan muhrim.

Dulu2 Deby tak kisah sangat pasal kesihatan rambut Deby. syampoo je ikut suka, biarkan je panjang, basuh rambut ari2. Sampai lar Deby bertunang. Sebab apa? Sebab Deby asyik kena leter ngan mama Deby suruh jaga diri betul2, sebab nak kawin.

Betul la kan leteran mama Deby tu, kalo kita perempuan tak jaga dari sekarang, kang pas kawin terperanjat beruk lak suami masing2 tengok horror bini die. yelah, bila bertudung manis je, lepas bukak mak ai, cam hantu. hehe. eh, ni cakap generally ok, Deby tau mesti ramai b2b kat luar sana cantik luar dan dalam. :D

Jadi ni tips dan cara2 penjagaan rambut yang betul (at least, menurut pakar2 lah)

#Tips1: kenalpasti jenis rambut korang dulu
menurut hairdresser Deby, lain orang lain rambut dia. Ada rambut kasar (coarse), ada nipis (thin), ada frizzy, ada lurus, ada kerinting, dll. Jadi cara menjaga rambut lain bergantung kepada jenis rambut kita. Jadi mula2, kenali dulu jenis rambut korang.

#Tips2: Basuh rambut tiap2 hari tak semestinya bagus
 Ni pun hairdresser tu cakap. Kata dia, basuh rambut hari2 akan membuatkan kulit kepala akan lebih berminyak, tetapi rambut kita akan kehilangan natural oil dan akan menyebabkan hujung rambut kering dan mudah putus terutamanya kalau kita tak pakai conditioner. Dia bergantung kepada jenis rambut juga. sebab tu kena identify jenis rambut dulu. Deby cadangkan next time jumpa hairdresser, tanya dia okay tak basuh rambut hari2. Macam Deby, Deby basuh rambut selang sehari atau selang dua hari.
Deby tau ramai tak tahan kalau tak basuh rambut hari2, jadi cadangan Deby pilih syampoo yang mild kalau nak basuh hari2.

#Tips3: Pilih syampoo dan conditioner yang bersesuaian dengan rambut
Again, kena tahu jenis rambut dulu. Deby pernah terbaca satu article ni, dia kata jangan guna 2 in 1 syampoo, ala macam Head n shoulders tu. Sebab? Sebabnya ada kat #Tips4. P/S: jangan ngelat pakai conditioner!
ni products yang Deby pakai sekarang


#Tips4: Syampoo adalah untuk scalp, conditioner adalah untuk rambut
Paham tak maksud Deby? Cara membasuh rambut dengan betul adalah syampoo digunakan untuk membersihkan kulit kepala dan buang kekotoran kat rambut, tetapi conditioner adalah khas untuk rambut sahaja. Kalau conditioner kena kat kulit kepala, dia akan clog pores dan boleh menyebabkan rambut gugur, kelemumur/dandruff dan itchy scalp (kata hairdresser tu).

#Tips5: jangan guna kuku untuk massage kulit kepala, guna hujung jari
Guna kuku boleh buat kulit kepala jadi sensitif dan luka, sakit tau! jadi massage kulit kepala tu dengan hujung jari je. lagi best dan selamat.

#Tips6: Pastikan rambut betul2 bersih
Jangan ada residual (saki baki) syampoo kat kulit kepala. itu adalah salah satu punca terjadinya dandruff. Jadi lepas massage kulit kepala dengan syampoo, cuci betul2.

#Tips7: Gunakan sikat untuk pakai conditioner
guna wide tooth comb untuk rambut basah
Pelik tak? Hehe, ni tips Deby dapat dari magazine. tujuan dia supaya conditioner tu rata kat rambut especially hujung rambut. jadi, lepas syampoo, remove excess water, sikat rambut tu biar lurus dan tak tangle, pastu letakkan sikit conditioner kat tapak tangan, gosok2 kat tapak tangan pastu sapu kat rambut dari telinga ke bawah. boleh gunakan sikat untuk pastikan dia rata. *wink. lepas tu basuh ikut instructions kat botol tuh. Kalau rambut kering, jangan lupa pakai serum. 

#Tips8: Jangan lap rambut kasar2 dengan towel
Kalau lap kasar2 tak guna la pakai conditioner tadi! tap dry rambut tu. kalau nak keringkan cepat, guna hairdryer dengan low setting. kalau tak nak rambut dry, pakai serum before or after hairdrying.

#Tips9: pamper your hair! pakai mask seminggu sekali
mask faveret. rambut jadi lembut
lepas sekali pakai je
Ni tip yang paling hairdresser tu tekankan. dia paksa Deby pakai hair mask, seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Ni sebabnya aritu Deby complain, nak rambut shiny dan lebat macam dalam iklan syampoo yang tak real tu. Jadi dia kata kita mesti pamper diri kita, pakai la mask. Buat sendiri je, tak perlu pergi saloon pon kalau ikut steps yang betul. Hairdresser deby cakap kalau Deby follow steps ni (syampoo > conditioner > mask > serum) deby tak perlu pon buat treatment kat saloon.

dan last sekali:

#Tips10: Potong hujung rambut (trim)3-6 bulan sekali
Ni lagi satu Deby kena leter haritu. Sebab Deby tak pergi trim rambut selalu. Yelah, sini (UK) hairdressers sangat lah mahal sebab labour charge + VAT (tax) memang mahal gila. Sekali pergi setakat trim cenggitu je dah kena 45 pounds, tak ke nanges kalo pergi selalu. Bising hairdresser tu. Dia kata kena trim at least every 6 months, kalau tak rambut akan bercabang, berbuah dan memanjang dengan tak even (tak sekata). *psst: deby bising nak rambut cantik, tapi malas nak maintain. tu yg kena leter.

Setakat ni je la tips yang Deby tau dan sedang amalkan. Setakat ni memang Deby berpuas hati la lepas dah ikut tips ni. Rambut makin sihat, Alhamdulillah, dah tak nampak nipis sangat dan lembut je. hihi. tapi harus ingat ye, rambut Deby mungkin lain dari korang. Rambut Deby jenis halus dan ikal (tak lurus tapi tak kerinting). Dan bila sampai UK, rambut Deby jadi kering. So ini lar steps yang Deby follow.

Jadi tak perlu pun nak bazir duit banyak2 kat saloon untuk buat rebonding ke hape, natural hair is the best! tapi tak boleh juga la kita abaikan je rambut kita. (kan rambut tu mahkota kita). invest sket je untuk beli syampoo, conditioner, serum dan mask yang betul. dan spend masa sket (bukannya lama bebenar pon) kat rambut. In fact, Deby selang dua hari basuh rambut, seminggu skali buat mask, total time spent untuk hari pampering (3 min syampoo + 3 min conditioner + 5 min mask + 1 min serum) cuma 12 minit je! kalau lama pon bila nak hairdry tu je la.

lemon untuk treat dandruff
Ada orang cakap, zaman dedulu takde pun kena buat macam2 kat rambut, sihat dan cantik je. Memang betul, dulu mana ada mask ke hapa nie, tapi kena ingat banyak petua2 orang dulu2 pasal penjagaan rambut tau! Ada pakai telur la, lemon la, daun ntah hape la untuk buat rambut cantik. cuma sekarang lagi senang je la, beli je siap dalam botol, xyah nak perah2 ke hapa.

Lagi satu kita kena ingat, zaman dulu dan zaman sekarang dah berbeza. dulu mana ada pencemaran udara. dulu mana ada processed food dan synthetic food. Dulu semua natural. jadi kita kena la ubah sikit mengikut kesesuaian. Yang penting, kita tak mengubah asal diri kita, kita tak warnakan rambut or straight kan rambut (kalau rambut kerinting), etc. Kita cuma menjaga bagi rambut kita sihat dan cantik. Untuk siapa? Untuk tatapan suami kita dan untuk kepuasan diri sendiri juga, betul tak? *wink

Jadi Deby harap korang have fun la baca post Deby yang sangat2 panjang nie. :D

Ok bye!

P/S: Deby dulu freehair, Deby pakai tudung betul2 masa Deby buat masters, bulan Ramadhan 2008 tak silap Deby. Seriously, macam2 komen dan sindiran Deby dapat lepas Deby pakai tudung. ada kata tak cantik, freehair lagi cantik, freehair muka nampak cam amoi cina, siap ada kutuk kata bila pakai tudung macam orang kampung la, macam2 la. Bila dapat komen2 camni, lagi laa Deby rasa Deby made the right choice untuk memakai hijab. :)



10 comments:

iman hasanah said...

tq deby... nurul xtau pun... just pakai shampoo cuci seminggu 2x/3x je...

Cik Deby said...

sorry nurul, deby mcm buat karangan lak entry panjang2. hee.

best sebenarnye pamper diri ni. :D

nancy anisa said...

cik deby,nice entry..thanks sgt..bila baca,rasa nk beli je produk2 tuh..waaa,cik dby duk uk ehh?? syoknyeee! harap cik deby istiqamah dgn pakai tdg,dah pakai labuhkn plak..jgn biar org lain pengaruhi kita..nnt bkn diorang yg tanggung kesakitan kita kat akhirat pun,tp kita yg kna tanggung! *ceramah lak kat sni..x pe,nk kongsi ilmu n nk hargai niat murni cik deby yg btudung..good luck,darl..

Cik Zimie said...

deby, kita setuju pakai sikat utk ratakan conditioner.memang tengah buat pun hehe.btw best gila tips ni,thanks deby!!!!

btw, zimie kan pakai head n shoulder.rasa mcm nak tukar jela tapi tatau nak pakai syampoo pe.rambut zimie jenis kering dan mudah gugur.apa cadangan anda?:p

Cik Deby said...

anisa: thanks for the advice! :D

zimie: haa tu la ramai ckp xbape nk elok H&S nie. sbb dia 2 in 1 syampoo. Deby pakai John Frieda, tapi tak ada kat Msia. Pe kata try Tresemme? (betul ke eja nie?) atau pon Elseve Loreal tu? before pakai John Frieda Deby pakai Elseve. Best gak. Make sure pakai conditioner sekali ok!

Afzan Cantique said...

nice tips la deby... i got hair problem lately ni... rambut dah panjang n kering... yg paling stress skali rambut gugur... dah nipis dah rambut ni ha... i will try to follow ur tips... thanks again deby! follow my blog http://afzancantique.blogspot.com

NFJ said...

good tips deby. and ya, I sekarang pakai syampoo and conditioner je. btw, utk rambut gugur I pernah try gunting rambut pendek akibat makan pills, and I tried new syampoo (Loreal) dan alhamdulillah tak gugur lagi sampailah sekarang. so, kalau taknak rambut gugur, beranikan diri gunting rambut pendek. janganlah risau, rambut kita akan panjang semula nanti. tak salah utk cuba fesyen rambut baru tauuu~ goodluck! :D

Mrs. Wordy said...

thanks for the info

halimatul hakimah said...

salan kak deby..saya masih 18 tahun..saya punya rambut jenis kasar dan senang rosak..rambut saya juga senang kering..shampoo jenis apa yang ok untuk saya dan macam mana nak jadikan rambut saya sihat dan lembut? anyway thanks for the info :)

Cik Deby said...

Alu adik Halimatul hakimah,

first of all kak deby bukan la expert, cuma boleh cadangkan sket2 la.

yang penting, kena lengkap syampoo + conditioner + treatment mask + serum

nampak macam banyak kn? tapi treatment buat sekali seminggu, serum tu tambahan sebab rambut kering kan?

pasal brand, loreal pon okay, tresemme pon okay. depends on suitability dengan kulit kepala jugak.

satu lagi, try pakai pure olive oil or argan oil untuk treat rambut. murah je olive oil nie, leh dapat kat tesco je. hehe. bau tak best tapi leh lembutkan rambut kasar n kering. lg better sebab back to basic, tak pakai byk chemicals.

good luck!