Hari ni hari jumaat. Kalo kat sini, selalu akan kedengaran "Jumma Mubarak". Mari sama2 kita banyakkan amal hari ini okay?
Dah lama Deby tak post pape kan? Makin dah tak berminat nak post. In fact, Deby dah bosan dengan FB. Lately ni terasa FB dah jadi medan untuk mengutuk, mengata, menyindir, menyerang, etc orang. Dah makin sakit mata ni bila bukak n baca FB. FB la tempat untuk menyebarkan fitnah. FB mampu untuk create chaos and panic. Bagi Deby, FB memang sgt2 bahaya.
Oh, kembali kepada tajuk. Mimpi. Deby ni jenis yang tidur memang tak lena sangat. Pe orang cakap, tidur2 ayam? sleep2 chicken? hehe. Memang Deby mudah terjaga, tapi at the same time, mudah mimpi bukan2.
Deby selalu mimpi pasal ular bila kat UK nie. Deby pon tak tau kenapa. Penah sekali Deby mimpi Deby bunuh ular banyak sangat. Bunuh pakai pedang lak tu. Macam fantasy movie plak, Deby jd superhero gitu. Haha.
Penah sekali tu pulak, malam tu Deby chatting dengan kawan baik Deby, dia cakap dia tak takut ular yang tak berbisa. Tengok2 tidur malam tu Deby mimpi Deby kena patuk ular, tapi tak sakit (ular tak berbisa). Agaknya sebab fikir pasal tu sebelum tidur, tu yang masuk dalam mimpi kot?
Selalunya kita kata mimpi ni mainan syaitan, tapi kadang2 orang2 kita selalu percaya mimpi ni ada banyak maksud. Bagi Deby jangan la taksub dan percaya sangat kepada tafsiran mimpi, sebab dia uncertain kan? Tapi tak salah la kalo sekadar untuk ambil tahu.
Deby try gak carik merata2 maksud mimpi ular nie, sebab deby memang kerap sangat mimpi pasal ular. mimpi jumpa ular, kena patuk, bunuh ular, mcm2 la.
Ada yang kata mimpi ular ni maksudnya akan dilamar. Ada kata mimpi ular ni maksudnya disihir. Ada kata mimpi membunuh ular maknanya kita telah berjaya mengalahkan lawan kita. Wallahu a'lam, Allah lebih mengetahui sebenarnya. Entah2 memang mainan syaitan jer.
Deby pernah jugak mimpi lipan. Banyakkkkk lipan. Mimpi ni memang deby tak suka sebab deby geli dengan lipan (sebab kaki dia banyak sangat). tapi Deby tak jumpa sangat tafsir mimpi lipan ni. The only tafsir yang Deby jumpa melalui Mr Google kat website ikhtiar muslim, mimpi lipan yang banyak bermaksud "Ada seorang atau lebih wanita yang berusaha untuk mengenakan anda. Dia/ Mereka jenis wanita yang kurang agama, mengikut perasaan dan kurang tahu membezakan antara kebenaran dengan kebathilan."
MasyaAllah, hopefully tidak betul lar. Sekarang tiap2 malam before tidur Deby cuba untuk ambil wuduk atau basuh kaki. tak mau mimpi2 dah. Hee.
Tapi semalam, Deby mimpi yang paling best sekali setakat nie. Deby mimpi Deby pergi umrah. Best sangat mimpi tu. InsyaAllah, Deby akan usahakan untuk pergi secepat mungkin. Sebab macam dah terpanggil dah.
Oh, deby tak ingat siapa yang pesan, tapi every time kalau deby mimpi buruk2 dan menakutkan, lepas terjaga Deby akan beristighfar 3 kali, pastu hembus ke kiri. serius tak ingat sapa cakap, dari mana deby belajar. dah terbiasa jadi amalan.
Erm. panjang pulak post nie. Ampun. Deby tengah stress sangat2 ni sebenarnya. banyak masalah, banyak kerja. Nak lepaskan pon dah tak tau macam mana. Selera makan pun dah kurang sangat2, sampai terpaksa paksa diri makan sebab takut pengsan plak kang. Sekarang Deby asyik doakan je semoga perjalanan Deby dipermudahkan. Banyak sangat dugaan duduk kat negara orang nie. >.<
P/S: rindu nak balik Msia, rindu nak mengajar. pelik tak? rindu dgn student2 Deby. hukhuk.
Phase One : Pika Diet Dasyat
9 years ago
No comments:
Post a Comment