CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aug 28, 2011

E-day: Official Photos

Salam semua.

Akhirnya Deby dapat gak ambil softcopy gambar-gambar dari OP. Yay! Yang printed version tu tak tau lah bila dapat, tapi tak apalah, yang penting dapat tengok softcopy dulu. Sat g kempunan kang bila kat london nanti. :D

Sekarang Deby tengah busy nak packing barang (walhal tak buat lagi), shopping barang (tak settle lagi, dah 4 hari berturut2 keluar shopping), dan sebagainya lah. Jadi, Deby akan upload gambar dan review kat sini macam kura-kura la ye, sikit2.

Jadi ini a bit sneak peek ye.

Rombongan lelaki - :D

Deby n hantaran


<3 kengkawan semua!
Jeling-jeling. ngee
 



Aug 25, 2011

Seminggu sebelum terbang... PACKING TIME!

Salam semua...

Alhamdulillah, Deby dah settle urusan paperwork untuk pergi ke London. Visa baru deby ambil tadi. Semua berjalan lancar, walaupun sedikit lambat (originally patut fly 15hb kan).
KUL - LHR
Date: 31st Aug 2011
EDT : 10.05 am  (Malaysian Time) KLIA
ETA : 4.45 pm (London Time) Heathrow Airport

The only thing yg Deby tak buat lagi adalah.... PACKING.

Yup, Deby tak pack apa2 LANGSUNG. Luggage bag yang Deby dapat daripada atok deby pon tak bawak naik bilik lagi, masih kat ruang tamu. Hehe.

Deby sebenarnya tak tau nak bawak apa pergi sana. Mengikut seniors Deby, kat sana tengah summer lagi. jadi tak perlu la bawak winter clothing. Beli kat sana je, lagi murah. Tapi Summer pon temperature dia dalam 20 degrees. Masuk autumn (end of Sept) dah 16 degrees. sejuk dah.

Tapi ikut firasah (eceh) Deby, baik Deby beli 1 set kat sini, sebagai backup. Tapi kan, hari tu Deby masuk Winter Time and Universal Traveller kat Sunway Pyramid.

Nak tau harga satu winter coat (yang sangat gorgeous)??? RM700++++


macam2 style. kat winter time tu memang gorgeous sgt

Terus tak jadi beli. Mahalnyaaaaaaaaaaaaaaaa
gorgeous!

Tapi nak tak nak kena beli gak satu. So sekarang aim Deby untuk carik yang paling murah. ngee. tapi murah2 pon rasanya dalam RM400 gak.

So disini Deby letak senarai shopping yang harapnya by the end of the week akan settle:

Clothing
1. Autumn coat/jacket - survey kat Winter Time, GAP, Zara, Mango, Miss Selfridge, and others
2. Knitted cardigan - surveyed kat Winter Time, RM140, nak beli yang ni sebab tebal and cantik
3. Jeans - good quality punya, untuk tahan sejuk. Maybe Levi's or Edwin or Lois, yang kain cam cowboy tu. hihi. teballl
4. Boots (leather) - Aldo tengah sale nie
5. Extra cardigan, knitted blouse, tshirts lengan panjang *baru sedar deby tak banyak tshirt lengan panjang nie.
6. Tudung - nak pergi borong kat Jalan TAR esok
7. Gloves
8. Muffler
9. Socks
10. Comfortable flat shoes n 1 simple sport shoes. (sebab sana banyak jalan je)

Toiletries Deby akan bawak travel size je. Lebih beli kat sana. Tapi perfume deby bawak 2 botol siap2. haha.  sebab haritu Deby pergi Metrojaya warehouse sale kat PICC, dapat beli Moschino 100mL RM105. sangat gembira membeli.

Oh, Deby pon dapat beli handbag besar gile yang Deby idamkan selama ini:

Guess. Last last season punye so dapat murah. Beli kat PICC gak. sangat berbaloi! n gorgeous, tapi gambar tak cantek
 Pastu, Aunty Deby hadiahkan Deby travel purse, brand Guess gak. Tak sangka pon dia sanggup belikan. Sayangggg Aunty!


eh, macam terlebih panjang lak post ni. Hihi. Tapi Deby dah mula excited dah nie. Tak sabar nak pergi. Tapi risau tu tetap ada. hurm. Apa2 pon, doakan yang terbaik untuk Deby k....





Aug 17, 2011

Geram dengan OP

Salam semua. Lama Deby tak update blog nie. Yelah, niat dihati nak tunggu dapat gambar bebagai dari OP Deby.

Tau tak, hari ni officially Deby dah jadi tunangan Mr F selama sebulan? :D

N yang lagi Deby geram, OP call Deby 2 minggu lepas, claiming gambar akan siap minggu lepas. So Deby happy la.

LAgipon, kan Deby sepatutnya pergi London 15 hb? SO itu la yang Deby cakap dengan OP dulu, so that Deby akan dapat gambar before that.

Tapi sampai sekarang, hampeh! Deby message n call dia, dia tak balas n tak angkat pun. Geram sangat.

Kalau betul Deby fly 15hb, memang kempunan la tak dapat tengok gambar. Nasib baik Deby terpaksa delay sikit.

Tak kisah la kalau tak siap lagi, bagitau la elok2. Kalau orang message tu reply la. Kalau orang call tu angkat la. Bila diam diri macam ni, lagi la orang sakit hati. Lagi satu, kalau tak boleh meet deadline tu awal2, bagitau je. senang. tak ada la orang tertunggu2.

Oh, Deby dah delete list kat tepi tu, so biarlah nama OP ni jadi rahsia. :)

P/S: Baru buat visa tadi. Alhamdulillah, semua benda dah settle. Sekarang tunggu je visa tu siap, pastu tempah flight ticket. Tak sabarnyeeee




Aug 4, 2011

Hari Terakhir di Tempat Kerja

Hari ni patutnya hari last Deby kat uni deby nie. Borang serah tugas semua dah isi. Opis dah abis kemas. Laptop opis dah abis dikosongkan, tinggal nak pulangkan balik.

Sebabnya? Opsss... Deby bukan berhenti ye. Deby kan nak sambung belajar? Jadi, start minggu depan Deby dah cuti.

Sedih pulak nak tinggalkan uni ni. Hari2 terakhir deby kat sini, deby masih menabur bakti. Memang kira all out la buat kerja. Nasib baik students tak ade. Kalo tak lagi susah.

Baru yesterday deby turun putrajaya untuk satu meeting tu. pas meeting banyak pulak kerja kena buat. Walaupon deby dah serah tugas, tapi tak sedap hati sangat. Yela, deby memang involve dengan program tu dari awal lagi. Kebanyakkan memang deby buat. Jadi tetiba nak tinggalkan~~~~ haih. In fact, seniors deby mintak jangan cuti dulu. Lagipun visa tak buat lagi kan? tapi selagi deby kat kelantan ni, selagi itu kerja melambak2, selagi itu deby x prepare apa2 untuk pergi london.

Lawak tak? deby langsung tak prepare apa2. packing tak, shopping tak. accommodation kat sana tak dapat lagi. Macam relax je. Walhal tarikh deby supposed pergi --> 15 Ogos.

Oh esok deby akan angkut semua barang balik KL. tapi deby tak packing lagi. hahahahaha. En Tunang pon akan turun kelantan esok untuk temankan deby drive balik. rasanya deby dah biasa drive sorang2 ni, tapi agaknya nak bawak barang banyak2 cenggitu kan, sebab tu En tunang risau.

Bila laaa nak packing ni?