CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dec 28, 2011

Wordless Wednesday: Dedication utk en Tunang



Eh, actually bukanlah wordless kan kalau dah tulis nie, tapi Deby nak tepek gak lirik dia. Hehe. Ok2, Deby bukan peminat Nubhan pon, tak tengok pon AF. tapi first time dengar lagu nie memang tertarik sangat. (nih still mood jiwang kot? haha)

Nubhan - Ada Untuk Mu
Di sana pungguk menanti Mengharap bulan membalas rindu di hati Di sini aku berdiri Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah Janji yang puitis Tuk persembahan Hanya ketulusan Sekeping hati suci
Aku Berikan kasih Kalau itu yang kau mahu dari ku Aku Berikan cinta Untuk membahagiakan hari mu AkuSayang dirimu Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita Mendirikan Taj mahal cintaSeteguh kasihShah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua Semakin tiba saat bahagia Merai cinta kita
Aku Berikan kasih Kalau itu yang kau mahu dari ku Aku Berikan cinta Untuk membahagiakan hari mu AkuSayang padamu Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita Mendirikan tajmahal cinta Seteguh kasihShah Jehan kepada Mumtaznya




Dec 25, 2011

Fatwa mengenai hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak

Salam semua,

Deby tengok lately ni banyak betul keluar artikel pasal pakai inai haram, pakai inai corak2 tu haram, etc. Jadi untuk clarification, deby try carik fatwa2 yang berkenaan. Alhamdulillah, tak sangka Malaysia ada website e-fatwa. Jadi Deby nak share lah kat sini, tentang hukum memakai inai bercorak nie. Walaupun Deby sendiri tak suke inai corak2 tu, rasa semak je, Deby lagi suka pakai cara tradisional tu, macam zaman dedlu. simple. hehe. Tapi Deby tau ramai b2b kat luar tu suka, so Deby share keh. Mari kita sebarkan perkara2 yang baik.


Kalau tak leh baca, ni Deby post balik:
Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan: 
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  • Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

  • Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Boleh gak pergi website ni terus: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

Jadi mari kita sama2 pilih design elok2 ye kawan2 semua.

XOXO,


Dec 24, 2011

Entry Jiwang: Rindu kat En Tunang!

Salam semua,

Entry kali ni agak jiwang + sedih sikit, jadi kalau tak tahan Deby mintak maaf ye? =)

Entah tetiba Deby rinduuuuuuuu sangat dengan En Tunang.

Bila kira2 balik, dah 145 hari Deby tak jumpa en Tunang. Macam lama sangat.
Masa Deby kerja kat Kelantan pon, Deby mesti akan jumpa En Tunang, at least sebulan sekali. Deby balik KL, dan dia akan turun KL dari Johor.

Kalau nak lihat dari sudut yang baik, bagus la tak jumpa selalu. Sebab kata orang tua2, bila dah bertunang ni tak elok berkepit.

Peribahasa English pulak cakap, 'absence makes the heart grow fonder". Kata Melayu, "jauh dimata, dekat dihati"

(isk. kan cakap Deby ngah mood jiwang nie)

Dan memang betul, teknologi sekarang, Facebook ada, Skype ada, BBM ada (BBM yang penting, seb baik Deby n en Tunang sama2 pakai BB.)

Tapi truthfully? Tak sama langsung! Dia tetap jauh. Dengan perbezaan masa antara London ngan Msia (8 jam ye), jadi agak susah nak berhubung. Sbb tu BBM penting, xperlu internet or PC, dalam phone je, so kat mana2 pon boleh berhubung.

But still, tak sama. Isk. Lagi2 sekarang, En Tunang tengah sangat sibuk dengan projek baru dia, balik kerja lewat tiap2 hari, nak contact pon payah. Deby pon tak nak ganggu dia kerja. Deby sukat tengok dia kerja kuat camtu. Hehe. Tapi Dah lama tak skype. Rindunya. :( Rindu nak tengok dia senyum, rindu nak gelak2 dengan dia (En Tunang cakap dia suka wat Deby ketawa.)

Tak sabar nak balik KL. March. Macam lama jer lagi. 2 bulan ++ lagi. Isk.

Rinduuuuuu.

Ok, abis dah entry jiwang. Bye!



Dec 20, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Tadi terbaca satu cartoon strip ni dekat Facebook. Terasa la plak. Hehe. Maka Deby terpanggil la nak post kat sini....

credit goes to sesapa yang post nie. hihi
Terasa sangat kan? Bila kita dah manis bertudung nie, apa kata kita maniskan jugak bahasa kita? Baru nampak macam perempuan Melayu. Hihi. Best tau membawa nama Melayu ni, terutama bagi Deby yang berada kat perantauan ni. Ramai orang2 asing kat sini tanya Deby, are you from Malaysia? Nampak gayanya ciri Melayu ada pada Deby ni. Hehe. Dan ada beberapa orang foreigner ni cakap dia suka orang Melayu, sebab orang Melayu sopan (polite). Tapi sebagai warga negara Malaysia, Deby sendiri terasa yang kesopanan ni dah semakin meninggalkan kita.

Mungkin bagi kita, itu perkara normal. Mungkin diantara kita akan cakap, "oh, saya cakap macam tu dengan teman2 rapat je". Mungkin juga kita tak akan bercakap kasar macam ni depan orang2 tua. Tapi apapun, bila kita terbiasa dengan sesuatu benda, tak mustahil kita akan terlepas cakap depan atuk nenek kita kan?

Deby sendiri akui, Deby pon kadang2 bercakap kasar. Sebab itu Deby terasa gila bila baca komik kat atas ni. En Tunang cukup tak suka kalau Deby terlepas cakap macam tu. Jadi Deby berazam mulai hari ini, Deby akan berusaha taknak berbahasa kasar atau in English, cursing lagi. InsyaAllah. So mari kawan2, kita berusaha sama2! Ingat, budi bahasa budaya kita orang Melayu. (bukan Melayu pon sama gak) =)



Dec 14, 2011

Wedding dresses in Movies

Salam semua,

Deby tengok balik Harry Potter last weekend, bila tengok movie no 7, ternampak la wedding dress yang Fleur Delacour pakai. Oh my, gorgeous gila! Pastu bila teringat2 balik, banyak gak wedding dress dalam movies yang cantik2, so Deby compile favourite Deby kat sini eh.

1) Fleur Delacour marriage to Bill Weasley (Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1)
Gorgeous details! ada controversy untuk baju ni, katanya dia copy dari Alexander McQueens punya design. 


2) Bella Swan marriage to Edward Cullen (Twilight Breaking Down)

Of course la kan, this is the most anticipated wedding of the year! and the dress is truly gorgeous, especially the buttons and lace at the back. Made by Carolina Herrara, cost? USD35000.*pitam

From the front (hensemnyeeee Robert Pattinson nih!)
From behind. See the lace and buttons? Oh so gorgeous!
Kat tangan pon details dia cantik!
Oh sukenyaaaaa
3) Mia Renaldi almost wedding (the Princess Diaries 2: Royal Engagement)


see the lace panelling kat bahu? cantik

4) A walk to remember

Yang ni ta dapat clear shot. Tapi cantik sangat, simple but lace dia a bit vintage.

dari jauh, simple dress, no trains

lace veil

side view

close up lace kat tangan. sweetttt

5) Bride wars

vera wang

simplicity is the best!

Ada banyak lagi yang Deby suka. Nanti2 Deby buat part 2 la ye. Hehe. 

Love and kisses from London,



Dec 13, 2011

E-day Review: MUA, hand bouquet & baju

Hahaha. Ni style malas ni, 3 in 1.

Deby lupa sangat nak review MUA Deby masa tunang aritu. Deby hire Vee, MUA yang comel itu. Hehe

Majlis Deby start kul 11, so Vee datang dalam kul 9 lebih macam tu. All in all, Deby puas hati la dengan hasil tangan Vee. Cantik and sweet dalam gambar. Cuma Deby mintak dia kurangkan sket tang mata tu, sebab agak berat. Dah la mata saya ni sepet, tenggelam jadinya. Hihi.

Baju pulak, Deby tempah je. Beli kain lace + satin tu kat Semua House. baju ni dulu berdrama gak lak. Masa beli kain macam okay. Bila dah siap baju macam tak best la plak, Rasa dull je. So akhirnya tambah beads pink kat bunga2 tu. Tu pun still simple lagi. Tapi sebab dah tak cukup masa, redah je lah. Hihi
Veil tu sewa, somewhere in Nilai, Last minute gak tu. Veil tu sangat membantu okay. Kalau tak, mesti tak naik seri baju Deby. So kain + upah baju + beads + veil = lebih kurang RM6++.


Veil ni la yang menyerikan baju Deby
 Handbouquet pulak aunty Deby yang buatkan. Let me tell you, berat sangat2 nak pegang. Dalam 40+ rose buds aunty Deby guna. So nasihat Deby, jangan buat handbouquet besar macam ni. Seksa pengantin je. Hehe

Besar kan handbouquet saya? Hihi

Deby dah tak ada pape lagi untuk review kot? Lepas ni post2 Deby pasal idea2 kahwin lak. Hihi. Tarikh masih lagi dalam perbincangan. Yelah, susah gak sebab Deby jauh di sini kan. Tapi agak2 Deby lambat lagi, maybe end of next year or early 2013. Masa bincang time tunang haritu janjinya ikat 2 tahun. So InsyaAllah tak lebih dari itu la. Doakan kami, ye?

Hugs and kisses from London



Dec 12, 2011

Deby tarik balik post

Okay, Deby dah berjanji dengan en Tunang untuk tidak buat hal lagi. And rasanya message yang cuba Deby sampaikan, tak sampai2 pon. Lagi mengusutkan hati dan perasaan orang itu lagi la. And bila Deby mintak maaf secara open dia tak nak accept, jadi Deby redha je la. Deby tau Deby banyak buat salah time tu, memang banyak sangat.Ada banyak yang Deby tipu atau Deby lebih-lebihkan cerita. I was desperate and I was really really depressed about that. Sampaikan family Deby amat bimbangkan kesihatan Deby time tu. Tapi yelah, kita yang rasa, orang lain takkan paham punya.

Jadi, atas arahan en Tunang dan rakan2 Deby yang lain, dengan ini Deby menarik balik 2 blog posts Deby yang lepas. Kalau Deby biarkan nanti akan mencemarkan blog Deby yang mostly cerita2 happy tentang Deby dan en Tunang.

Dan Deby mengaku Deby silap sebab keluarkan blog post yang first tu. Yelah, salah Deby sebab menjolok sarang tebuan. (betul ke ayat Deby ni).

Jadi selepas ini, Deby berjanji kat diri sendiri Deby tak akan ambil tau lagi pasal dia. Baik lagi Deby fikir pasal phd, pasal nak carik duit nak kawin, psal nak plan wedding, pasal kucing Deby baru beranak dapat baby kittens 2 ekor. hihi

P/S: Imperial tutup for 2 weeks, tapi Deby tak boleh cuti! Banyak sangat kerja kena buat. isk


Love and kisses from London,


Dec 7, 2011

Somebody or Something Promote Link Deby kat Blog Lain

Salam semua,

Baru2 ni Deby pelik sangat napa follower Deby makin ramai, sedangkan Deby dah tak aktif blogwalking sebab Deby busy sangat2.

And bila baca Shoutbox Deby, ada orang post kunjungan balas. Walhal Deby dah tak buat bw , apatah lagi nak drop blog link Deby.

So Deby bukak blog orang yang post tu, tup tup tengok kat Shoutbox dia, ada orang (or something) post link Deby kat situ, macam ni:


Kawan2 semua, tu bukan Deby tau. Deby tak tau siapa, or apa yang buat nie. Kat banyak blog lak tu. Yes, its a good thing sebab naikkan no followers deby, tapi scary sebab Deby tak tau dari siapa. Apa tujuan dia buat camtu? Rasanye Deby tak ada sign up apa2 untuk naikkan traffic blog. bots ke?

Bila nama sendiri orang guna, rasa semacam pulak. Rasa nak marah pon ye.

Ada pendapat tak sesapa? Napa ek leh jadi camni.

>,<