CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dec 25, 2011

Fatwa mengenai hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak

Salam semua,

Deby tengok lately ni banyak betul keluar artikel pasal pakai inai haram, pakai inai corak2 tu haram, etc. Jadi untuk clarification, deby try carik fatwa2 yang berkenaan. Alhamdulillah, tak sangka Malaysia ada website e-fatwa. Jadi Deby nak share lah kat sini, tentang hukum memakai inai bercorak nie. Walaupun Deby sendiri tak suke inai corak2 tu, rasa semak je, Deby lagi suka pakai cara tradisional tu, macam zaman dedlu. simple. hehe. Tapi Deby tau ramai b2b kat luar tu suka, so Deby share keh. Mari kita sebarkan perkara2 yang baik.


Kalau tak leh baca, ni Deby post balik:
Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan: 
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  • Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

  • Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Boleh gak pergi website ni terus: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

Jadi mari kita sama2 pilih design elok2 ye kawan2 semua.

XOXO,


2 comments:

Cik Zimie said...

betul tu deby,yg pnting corak2 bukan psl haiwan dan manusia.

yg inai dekat laki, 3 jari je kan?

dhiera said...

kite minat jugak pakai henna corak2 ni. mungkin sebab nak cover parut dekat tangan kot~

tapi tunang kite memang tak suka pakai inai2 ni~