CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jan 7, 2012

Kulit kering sebab musim winter

Salam semua,

Deby nak share sket pengalaman Deby kat London nih. Dalam banyak2 la perubahan Deby kat sini, yang paling Deby tak suka bila kulit muka Deby jadi kering sangat2.

Selama ni kulit Deby jenis oily, which I like, sebab mama cakap orang kulit oily ni lambat sikit berkedut. Hehehe. Jadi selama ni Deby cuma pakai skin care, make up yang sesuai untuk oily skin lah.

Masa Deby mula2 sampai London dulu, tengah panas lagi, penghujung summer. Panas sama je macam kat Malaysia. So ok lah kan.

Tapi semenjak bulan 11 haritu, makin lama sini makin sejuk. Penah sekali cecah sampai 0 degrees. Mula2 complain gak la kan sejuk, tapi lama2 macam best lak sejuk2 ni. Bila tetiba hari panas, Deby start complain lak tak tahan. hehe. Gedik tak?

Tapi lately ni, walaupun suhu tak sejuk mana (7-8 degrees camtu je), tapi disebabkan angin yang sangat kuat (haritu sampai 100+ mph), sejuk sangat2. Dan rupanya, kulit Deby tak tahan! Kulit Deby jadi gatal2, kering, dan menggelupas. Geram sangat. Tapi jadi kat muka je, badan ok. Maybe sebab badan covered, muka je terdedah kat angin sejuk tu kot? Lagipun, selalu lepas mandi Deby akan pakai Shea Body Butter dari The Body Shop, jadi maybe cukup lah kot.

Yang buat Deby lagi geram tu, Deby baru je beli set dermalogica untuk oily skin. Dah tak boleh pakai (sebab lagi teruk kering jadinya).

Pastu Deby ada beli gak Maybelline Dream Matte Mousse, pon tak boleh pakai dah. Agak2 kalau simpan sampai summer ok tak? huu.

Maybelline Dream Matte Mousse. Sangat bagus, especially untuk kulit oily

Jadi macam2 lah Deby usaha nak normalkan balik kulit Deby ni. tak suka betul kalau dia tak lembut n halus mulus gitu. :p

Mula2 Deby cuba pakai olive oil:


Cubaan pertama berjaya. Kurang sikit kering kulit Deby. tapi tak lama lepas ok tu, jadi balik menggelupas tuh. isk. geram betul.

Lepas tu Deby try pulak pakai baby bottom butter ni (landlady yang cadangkan, sesuai untuk eczema):


Antara ingredient butter ni: Olive oil, vanillin, Chamomile Oil
Deby rasa oklah, peeling tak teruk sangat lepas tu, cuma kena kat bahagian dagu je.

Lepas tu Deby tak puas hati lagi, google jap, ada orang cadangkan Olay double protection ni,


Memang sangat membantu, best pakai, rasa lembut je muka. Ni moisturizer old skool punya, dah lama dah nie. Ada lagi banyak cadangan Deby dapat haritu, macam Clinique Moisture Surge (tapi tak beli sebab mahal, so ingat kalau product lain tak menjadi, baru beli yg ni) dan  Cetaphil (penah pakai dulu, memang suitable for sensitive skin, tapi tak jumpa lak masa g Boots aritu).

Pastu fikir2 balik Deby kena tukar the whole set of skin care Deby, sebab semua mostly untuk oily skin. Jadi buat sementara ni, Deby try pakai The Body Shop Aloe Vera skin kit:


Alhamdulillah, setakat ni skin care ni sesuai dengan keadaan kulit Deby yang sangat dry nie. Harapnya pasni tak la kering2 dan menggelupas lagi.

Untuk ganti Maybelline Mousse tu pulak, Deby beli product Bourjois (Paris) Healthy Mix Serum Gel Foundation. Erm, coverage dia light, ala2 tinted moisturizer, jadi sangat sesuai dengan dry skin. Dah la tu, dapat free gift Bourjois Elastic Mascara (bila try pakai tadi, terbukti berjaya elongate eye lashes).


Baru sekarang Deby realized, banyaknya barang makeup Deby. Ok, memang dari dulu Deby memang gilakan makeup, tapi kat sini Deby makin teruk. macam2 Deby beli. Agaknya kalau Deby start posting pasal  makeup ada orang nak baca tak?

P/S: tadi Skype ngan mama, mama boleh lak cakap (not the exact words): senang ati mama anak mama dah pandai nak menghias diri sekarang. dulu2 zaman matrik, zaman degree mana reti nak makeup n melawa2 ni. erkkkk... mama ni! Its a way of saying, I'm getting older, right?

XOXO,


1 comment:

Drunbella Khoo said...

I ada masalah kulit kering.
Tapi i pakai garnier aqua essensse.
Okay laa, kulit dapat trime.
Kulit pon dah xkering.

U take care kat negara org k!
(",)