CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dec 28, 2011

Wordless Wednesday: Dedication utk en Tunang



Eh, actually bukanlah wordless kan kalau dah tulis nie, tapi Deby nak tepek gak lirik dia. Hehe. Ok2, Deby bukan peminat Nubhan pon, tak tengok pon AF. tapi first time dengar lagu nie memang tertarik sangat. (nih still mood jiwang kot? haha)

Nubhan - Ada Untuk Mu
Di sana pungguk menanti Mengharap bulan membalas rindu di hati Di sini aku berdiri Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah Janji yang puitis Tuk persembahan Hanya ketulusan Sekeping hati suci
Aku Berikan kasih Kalau itu yang kau mahu dari ku Aku Berikan cinta Untuk membahagiakan hari mu AkuSayang dirimu Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita Mendirikan Taj mahal cintaSeteguh kasihShah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua Semakin tiba saat bahagia Merai cinta kita
Aku Berikan kasih Kalau itu yang kau mahu dari ku Aku Berikan cinta Untuk membahagiakan hari mu AkuSayang padamu Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita Mendirikan tajmahal cinta Seteguh kasihShah Jehan kepada Mumtaznya




Dec 25, 2011

Fatwa mengenai hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak

Salam semua,

Deby tengok lately ni banyak betul keluar artikel pasal pakai inai haram, pakai inai corak2 tu haram, etc. Jadi untuk clarification, deby try carik fatwa2 yang berkenaan. Alhamdulillah, tak sangka Malaysia ada website e-fatwa. Jadi Deby nak share lah kat sini, tentang hukum memakai inai bercorak nie. Walaupun Deby sendiri tak suke inai corak2 tu, rasa semak je, Deby lagi suka pakai cara tradisional tu, macam zaman dedlu. simple. hehe. Tapi Deby tau ramai b2b kat luar tu suka, so Deby share keh. Mari kita sebarkan perkara2 yang baik.


Kalau tak leh baca, ni Deby post balik:
Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan: 
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  • Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

  • Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Boleh gak pergi website ni terus: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

Jadi mari kita sama2 pilih design elok2 ye kawan2 semua.

XOXO,


Dec 24, 2011

Entry Jiwang: Rindu kat En Tunang!

Salam semua,

Entry kali ni agak jiwang + sedih sikit, jadi kalau tak tahan Deby mintak maaf ye? =)

Entah tetiba Deby rinduuuuuuuu sangat dengan En Tunang.

Bila kira2 balik, dah 145 hari Deby tak jumpa en Tunang. Macam lama sangat.
Masa Deby kerja kat Kelantan pon, Deby mesti akan jumpa En Tunang, at least sebulan sekali. Deby balik KL, dan dia akan turun KL dari Johor.

Kalau nak lihat dari sudut yang baik, bagus la tak jumpa selalu. Sebab kata orang tua2, bila dah bertunang ni tak elok berkepit.

Peribahasa English pulak cakap, 'absence makes the heart grow fonder". Kata Melayu, "jauh dimata, dekat dihati"

(isk. kan cakap Deby ngah mood jiwang nie)

Dan memang betul, teknologi sekarang, Facebook ada, Skype ada, BBM ada (BBM yang penting, seb baik Deby n en Tunang sama2 pakai BB.)

Tapi truthfully? Tak sama langsung! Dia tetap jauh. Dengan perbezaan masa antara London ngan Msia (8 jam ye), jadi agak susah nak berhubung. Sbb tu BBM penting, xperlu internet or PC, dalam phone je, so kat mana2 pon boleh berhubung.

But still, tak sama. Isk. Lagi2 sekarang, En Tunang tengah sangat sibuk dengan projek baru dia, balik kerja lewat tiap2 hari, nak contact pon payah. Deby pon tak nak ganggu dia kerja. Deby sukat tengok dia kerja kuat camtu. Hehe. Tapi Dah lama tak skype. Rindunya. :( Rindu nak tengok dia senyum, rindu nak gelak2 dengan dia (En Tunang cakap dia suka wat Deby ketawa.)

Tak sabar nak balik KL. March. Macam lama jer lagi. 2 bulan ++ lagi. Isk.

Rinduuuuuu.

Ok, abis dah entry jiwang. Bye!



Dec 20, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Tadi terbaca satu cartoon strip ni dekat Facebook. Terasa la plak. Hehe. Maka Deby terpanggil la nak post kat sini....

credit goes to sesapa yang post nie. hihi
Terasa sangat kan? Bila kita dah manis bertudung nie, apa kata kita maniskan jugak bahasa kita? Baru nampak macam perempuan Melayu. Hihi. Best tau membawa nama Melayu ni, terutama bagi Deby yang berada kat perantauan ni. Ramai orang2 asing kat sini tanya Deby, are you from Malaysia? Nampak gayanya ciri Melayu ada pada Deby ni. Hehe. Dan ada beberapa orang foreigner ni cakap dia suka orang Melayu, sebab orang Melayu sopan (polite). Tapi sebagai warga negara Malaysia, Deby sendiri terasa yang kesopanan ni dah semakin meninggalkan kita.

Mungkin bagi kita, itu perkara normal. Mungkin diantara kita akan cakap, "oh, saya cakap macam tu dengan teman2 rapat je". Mungkin juga kita tak akan bercakap kasar macam ni depan orang2 tua. Tapi apapun, bila kita terbiasa dengan sesuatu benda, tak mustahil kita akan terlepas cakap depan atuk nenek kita kan?

Deby sendiri akui, Deby pon kadang2 bercakap kasar. Sebab itu Deby terasa gila bila baca komik kat atas ni. En Tunang cukup tak suka kalau Deby terlepas cakap macam tu. Jadi Deby berazam mulai hari ini, Deby akan berusaha taknak berbahasa kasar atau in English, cursing lagi. InsyaAllah. So mari kawan2, kita berusaha sama2! Ingat, budi bahasa budaya kita orang Melayu. (bukan Melayu pon sama gak) =)



Dec 14, 2011

Wedding dresses in Movies

Salam semua,

Deby tengok balik Harry Potter last weekend, bila tengok movie no 7, ternampak la wedding dress yang Fleur Delacour pakai. Oh my, gorgeous gila! Pastu bila teringat2 balik, banyak gak wedding dress dalam movies yang cantik2, so Deby compile favourite Deby kat sini eh.

1) Fleur Delacour marriage to Bill Weasley (Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1)
Gorgeous details! ada controversy untuk baju ni, katanya dia copy dari Alexander McQueens punya design. 


2) Bella Swan marriage to Edward Cullen (Twilight Breaking Down)

Of course la kan, this is the most anticipated wedding of the year! and the dress is truly gorgeous, especially the buttons and lace at the back. Made by Carolina Herrara, cost? USD35000.*pitam

From the front (hensemnyeeee Robert Pattinson nih!)
From behind. See the lace and buttons? Oh so gorgeous!
Kat tangan pon details dia cantik!
Oh sukenyaaaaa
3) Mia Renaldi almost wedding (the Princess Diaries 2: Royal Engagement)


see the lace panelling kat bahu? cantik

4) A walk to remember

Yang ni ta dapat clear shot. Tapi cantik sangat, simple but lace dia a bit vintage.

dari jauh, simple dress, no trains

lace veil

side view

close up lace kat tangan. sweetttt

5) Bride wars

vera wang

simplicity is the best!

Ada banyak lagi yang Deby suka. Nanti2 Deby buat part 2 la ye. Hehe. 

Love and kisses from London,



Dec 13, 2011

E-day Review: MUA, hand bouquet & baju

Hahaha. Ni style malas ni, 3 in 1.

Deby lupa sangat nak review MUA Deby masa tunang aritu. Deby hire Vee, MUA yang comel itu. Hehe

Majlis Deby start kul 11, so Vee datang dalam kul 9 lebih macam tu. All in all, Deby puas hati la dengan hasil tangan Vee. Cantik and sweet dalam gambar. Cuma Deby mintak dia kurangkan sket tang mata tu, sebab agak berat. Dah la mata saya ni sepet, tenggelam jadinya. Hihi.

Baju pulak, Deby tempah je. Beli kain lace + satin tu kat Semua House. baju ni dulu berdrama gak lak. Masa beli kain macam okay. Bila dah siap baju macam tak best la plak, Rasa dull je. So akhirnya tambah beads pink kat bunga2 tu. Tu pun still simple lagi. Tapi sebab dah tak cukup masa, redah je lah. Hihi
Veil tu sewa, somewhere in Nilai, Last minute gak tu. Veil tu sangat membantu okay. Kalau tak, mesti tak naik seri baju Deby. So kain + upah baju + beads + veil = lebih kurang RM6++.


Veil ni la yang menyerikan baju Deby
 Handbouquet pulak aunty Deby yang buatkan. Let me tell you, berat sangat2 nak pegang. Dalam 40+ rose buds aunty Deby guna. So nasihat Deby, jangan buat handbouquet besar macam ni. Seksa pengantin je. Hehe

Besar kan handbouquet saya? Hihi

Deby dah tak ada pape lagi untuk review kot? Lepas ni post2 Deby pasal idea2 kahwin lak. Hihi. Tarikh masih lagi dalam perbincangan. Yelah, susah gak sebab Deby jauh di sini kan. Tapi agak2 Deby lambat lagi, maybe end of next year or early 2013. Masa bincang time tunang haritu janjinya ikat 2 tahun. So InsyaAllah tak lebih dari itu la. Doakan kami, ye?

Hugs and kisses from London



Dec 12, 2011

Deby tarik balik post

Okay, Deby dah berjanji dengan en Tunang untuk tidak buat hal lagi. And rasanya message yang cuba Deby sampaikan, tak sampai2 pon. Lagi mengusutkan hati dan perasaan orang itu lagi la. And bila Deby mintak maaf secara open dia tak nak accept, jadi Deby redha je la. Deby tau Deby banyak buat salah time tu, memang banyak sangat.Ada banyak yang Deby tipu atau Deby lebih-lebihkan cerita. I was desperate and I was really really depressed about that. Sampaikan family Deby amat bimbangkan kesihatan Deby time tu. Tapi yelah, kita yang rasa, orang lain takkan paham punya.

Jadi, atas arahan en Tunang dan rakan2 Deby yang lain, dengan ini Deby menarik balik 2 blog posts Deby yang lepas. Kalau Deby biarkan nanti akan mencemarkan blog Deby yang mostly cerita2 happy tentang Deby dan en Tunang.

Dan Deby mengaku Deby silap sebab keluarkan blog post yang first tu. Yelah, salah Deby sebab menjolok sarang tebuan. (betul ke ayat Deby ni).

Jadi selepas ini, Deby berjanji kat diri sendiri Deby tak akan ambil tau lagi pasal dia. Baik lagi Deby fikir pasal phd, pasal nak carik duit nak kawin, psal nak plan wedding, pasal kucing Deby baru beranak dapat baby kittens 2 ekor. hihi

P/S: Imperial tutup for 2 weeks, tapi Deby tak boleh cuti! Banyak sangat kerja kena buat. isk


Love and kisses from London,


Dec 7, 2011

Somebody or Something Promote Link Deby kat Blog Lain

Salam semua,

Baru2 ni Deby pelik sangat napa follower Deby makin ramai, sedangkan Deby dah tak aktif blogwalking sebab Deby busy sangat2.

And bila baca Shoutbox Deby, ada orang post kunjungan balas. Walhal Deby dah tak buat bw , apatah lagi nak drop blog link Deby.

So Deby bukak blog orang yang post tu, tup tup tengok kat Shoutbox dia, ada orang (or something) post link Deby kat situ, macam ni:


Kawan2 semua, tu bukan Deby tau. Deby tak tau siapa, or apa yang buat nie. Kat banyak blog lak tu. Yes, its a good thing sebab naikkan no followers deby, tapi scary sebab Deby tak tau dari siapa. Apa tujuan dia buat camtu? Rasanye Deby tak ada sign up apa2 untuk naikkan traffic blog. bots ke?

Bila nama sendiri orang guna, rasa semacam pulak. Rasa nak marah pon ye.

Ada pendapat tak sesapa? Napa ek leh jadi camni.

>,<

Nov 16, 2011

E-day review: Cincin

Salam semua,

Emm. Cincin deby simple je, murah je, nothing special. Hehe. Deby n en tunang pergi cincin hunting masa Habib Jewels tengah sale, and let me tell you memang berbaloi sangat! Cincin deby ni asal hqrga dia 3k lebih, dapat 50% off, so memang best! Jadi kalau nak beli cincin deby suggest pegi time sale, in fact aritu habib punya diamond fest memang berbaloi2.

Kata Mr F, cincin ni bentuk mcm heart sebab band dia design macam tu, and dia punya prongs bentuk cam crown, so maksud cincin ni: queen of my heart, sebab tu dia nak sgt deby pilih yang nie. (Awww, cair kejap bile die cakap camtu).







Diamond tak besar pon, kecik je. But i love it sooo much! I guess size doesn't really matters, but the thought that counts, kan? Hehe.





P/s: deby busy sangat sekarang. Huwaaaa


Oct 27, 2011

Selingan.

Job Advertisement

Title: Husband
Job Scope: Tengok benefit untuk wife di bawah.
Benefits:
1)Gaji: kasih sayang dan layanan untuk suami dan anak2 sepanjang masa
2) Elaun: jaga makan pakai n kemas rumah + masak untuk suami
3) Bonus: 2 + 2 (2 boy, 2 girl) and percutian setiap tahun. bakal dipinda bergantung kepada situasi.

Title: wife
Job Scope: sila refer benefits untuk husband di atas
Benefits:
1) gaji: Protection sepanjang masa. (definition of protection: kasih sayang + belaian + keperluan zahir n batin)
2) Elaun: sentiasa membantu wife untuk kemas rumah + masak
3) Bonus: 2 + 2 juga, percutian dan kesenangan (jewellery, perhiasan diri, etc mengikut kemampuan)

P/S: tadi bbm dgn en tunang. entah mcm mana boleh jadi mcm diatas ni. berbunga2 rasa hati. tak sabarnye nak kawin. InsyaAllah next year. I love you so much sayang!








Oct 13, 2011

E-day Review: Mini Pelamin

Isk isk. Makin berhabuk blog ni. Maaf sesangat, Deby makin busy sangat sekarang. Culture shock jap kat Imperial nie. Register je terus kena masuk lab. Baru semalam kena basuh ngan SV ngan sorang post doc tu. Eii malunya. Tapi padan muka sendiri sebab tak ada progress walhal dah sebulan kat sini. (nampak tak lajunya diorang ni? patut la top ranking. kalo masuk cambridge macam mana la gamaknye).

Ok, straight to the point. Deby nak share gambar2 mini pelamin lak. Hasil gubahan mama. Idea deby + mama + aunty intan + sesape la yang ada kat situ time tu. Simple je. Owh, sesapa nak sewa tempat duduk bulat tu gtau lar. ngeee.



Bantal beli kat kelantan. hahaha. walhal kat tesco ada je. 
I like this! beli kat KK home deco. yang roses tu lebihan goodies.



Biasa2 je kan? Deby memang tak nak over2. simple yet sweet. Hee. Nanti ada masa Deby update yang lain plak ye.

P/S: rindu En Tunang.

P/P/S: Ada orang getting engaged bulan 12 ni. Congratulations, dear.

Sep 25, 2011

E-day Review: Hantaran (Side Mr F)

Salam semua. Lama nye blog ni bersawang. Haish. Maaf sangat2, Deby tengah enjoy kat London. hihi. Pening pun ye, projek phd deby tak jalan2 lagi walhal dah 3 minggu kat sini. Hopefully semua ok.

Arini Deby nak review pulak hantaran dari family Mr F. emm. Short review je lah. hii. Family Mr F pilih kaler the complete opposite kaler2 Deby, iaitu hitam dan merah (vs cream dan pink.)

Baju kurung moden utk deby. yang ni deby beli kat Ampang Park kot?  Deby suka sangat sebab ada banyak pearls. hihi

Chocolates. :D

Tepak sirih. Mama Deby suka sangat tepak sirih ni. Klasik.

Kek prune. Hasil tangan bakal mother in law. ngee

cincin tunang,

Tak nampak sangat kan cincin tu. Hee. Nanti Deby tunjuk close up masa review cincin tunang nanti. Daa.

Sep 11, 2011

E-day Review: Hantaran (Side Deby)

Salam semua. Lamanye tak update blog. hehe. Deby dah selamat sampai kat London. Belum betul2 settle down lagi, sebab masih transit kat MARA house, tengah cari rumah lagi nie. So sementara tu, meh la Deby review sikit engagement Deby hari tu.

Dulang hantaran, cam Deby cakap haritu, 5 balas 7. Hantaran dari pihak Deby dibuat 100% oleh aunty Deby. Rupanya dia memang amek upah buat benda2 cenggini. Tapi kata dia, Deby punye hantaran la yang paling besar dia penah buat. Hehehehe.

Tapi bila tengok memang besar lah hantaran dia. Bunga je lebih. Costs untuk flowers je almost RM400. Dia mix roses dengan bunga ape entah yang besar kaler putih tu. Bekas2 kaca tu plak aunty baru beli kat robinsons. berat gile! sampai kitorang tak berani nak bawak turun tangga masa majlis, letak siap2 kat bawah takut nanti jatuh pecah.

antara bunga yang dipakai. ada 3 baldi penuh tak silap aritu

Emm. Nak komen lebih pon Deby tak reti, So meh tengok gambar:

Baju ngan tie. both dari Bonia. Deby pilih sebab kaler purple. Cantek! haha
Dragon fruit. sahaje. hihi

Mini fondant cake. Vendor: Hana sedapsedapbelaka. Mr F cakap mmg sedap!

Pulut kuning. Nenek yang masak. Isi kat dalam tu, serunding dari Kelantan

Bunga rampai. Mak Cu yang carik. hehe
 
Chocolates. Beli kat Cocoa Tree, the Gardens. 

Sirih junjung. tak nampak pon kan? punya la rimbun bunge. haha
 Deby sangat2 happy dengan hantaran nie. Menepati citarasa sungguh! Family Mr F pon suka. Cakapnya sampai tenggelam hantaran diorang sendiri bila letak sebelah2 hantaran Deby. hehe. Tapi ada gak la yang tegur cakap membazir je, sebab akan mati bunga2 ni (ok, dah mati dah pon. dah jadi potpourri. hehe). Tapi bagi Deby, asal kita puas ati kan? Lagi pon bukan selalu dapat buat hantaran cenggini.

Nanti next Deby akan review lak hantaran belah Mr F. Daa!