First of all, ini bukan blog B2B okay (bride to be). Deby cuma nak kongsi kegilaan Deby lately nie.
Sejak Deby dok fikir nak tunang nie, Deby dah mula merancang pape yang patut. Ye, memang la tak confirm lagi lulus ke tak (baca post Deby sebelum ni), tapi Deby tak tahan, nak gak rancang. Eppy la kalo fikir pasal ni dari dok tunggu offer letter yang tak dapat2 lagi ni. Jadi kalo yang tak suka menda2 camni, takyah baca lah. Ni cuma angan2 Deby je, ntah kesampaian ntah tidak.
So berdasarkan pemerhatian dan blogwalking, benda-benda penting yang perlu Deby ambik kisah kalo Deby nak buat majlis pertunangan ikut kehendak mama Deby adalah:
1) Venue
Mesti pelik kan nape Deby letak ni? Kalo korang nak tau, sekarang ni ramai dah orang buat majlis tunang ni kat dewan bebagai. Dah grand sesangat. Tapi kan, tunang ni seeloknya kecil-kecilan je? So Deby decide, Deby buat kat rumah je laaa
2) Tetamu
Ye, kita kena tau berapa ramai tetamu yang nak datang. Deby pon pening bila fikir. Tak ramai kot? Tapi bila Deby tanya mak Deby, tanya Mr F, kira2 dan congak2, rupanya hampir 100 orang gak. Haiyooo. Ok, so Deby set, tetamu seramai 100 orang.
3) Caterer
Bila dah tau berapa ramai datang, so boleh la Deby pilih caterer. Mama Deby cakap dia nak cater je, tak larat nak masak. Dalam otak Deby dok fikir "duit, duit, duit". haih. Okay lah, Deby nak carik cater yang murah2 tapi sedap boleh? Budget RM5 sekepala dapat tak sekarang nie? Oh, tak dapat ek? Ok lah, Deby budget RM10 sekepala.
4) Canopy, kerusi meja bebagai
Ini Deby pening, sebab Deby tak tau berapa nak budget untuk part ni
Ini untuk luaran, dari segi majlis pulak....
5) Mini Pelamin
Ni mama gak yang demand. Deby cakap okay je kalo sarung cincin dalam bilik, hiaslah serba sikit. Mak reject. Dia nak mini pelamin gak. Ada satu Deby kenan sangat2.
Tapi mahal bangat! 1k untuk mini pelamin ini sahaja. Erm, mungkin Deby ley try DIY? Tapi kalo mama refuse, kena la carik mini pelamin yang murah2. Ada kot yang boleh dapat rm350. ada yang set rm500. tengoklah nanti.
6) Hantaran.
Kan dispute antara family Deby dan Mr F? tapi kalo lepas, Deby nak 5 balas 7. Dalam senarai 7 daripada pihak Deby tu:
1) Cake. (mini cupcakes kot)
2) sirih junjung
3) bunga rampai or wangian
4) chocolates
5) kain baju melayu dan sampin
6) buah
7) tak tau sampai sekarang
Tema Deby pink and cream. sweeet kan!
7) Baju Deby
Ini lagi feninggg! Dah la Deby bolat sekarang. So Deby taknak carik baju, boleh tak? (giler hape, nak kena katok ngan mama?). Mula-mula Deby nak sewa je, murah. Tapi ramai bising. Okay la, Deby beli siap, pastu adjust bebagai. Maybe baju kurung moden colour pink cream, veil nanti sewa dari mak andam or makeup artist je.
8) Makeup Artist (MUA)
Deby pening gak nak carik yang terbaik, yang menepati citarasa Deby. Sebabnya, memang ramai MUA yang talented kat luar sana, tapi Deby ni cerewet sket. Taknak terlalu tebal, or terlalu over, nak warna tu tepati theme, taknak lipstick bright pink yang sangat horrid tu, etc. So Deby kena pilih baik2, sebab dah la mata Deby sepet, muka deby berminyak dan berjerawat juga. (mesti korang rasa Deby ni huduh ek?) Ni kena carik slow2, kena testing bebagai. Tapi mahal juga ye. Mungkin ley carik yang skali ngan mini pelamin, accessories, hand bouquet. Ada yang package rm699. Cam menarik juga. Hmmm
9) Goodie bags
Ni deby dah decide, Deby nak carik paper bag kaler putih (yang macam paper bag karipap or kuih tuu), ribbon kaler pink, label kaler pink. Isi dia? Muffin and sabun kaler pink. hahahahaha. Semua pink. lalala. Inspirasi Deby dari sini:
|
taken from becomingthemrs, tapi Deby nak bag kaler putih, ribbon kaler pink |
10) photographer
sangat sangat sangat mahal!!!! mungkin sendiri je kot. hahaha. Kawan2 ramai ada DSLR. Sampai mencecah 1k untuk bertunang semata2, oh tak payah laa.
Apa lagi ek Deby lupa? Tolong ingatkan daku....