Ni updated list yang Deby baru buat. Ingat nak buat sticky je kat atas ni, boleh tengok hari2. Hehe
1) Venue
- Rumah (dah set haritu)
2) Masa dan Tempat
- 23 Julai 2011
- masa tak set lagi. (susah gak nak tempah pape sebab tak set lagi kul berapa majlis ni)
3) Mini Pelamin
- buat sendiri (mama a.k.a MD yang buat)
- theme pink cream
4) baju tunang
- ni sampai sekarang Deby tak tau. Nak beli siap or tempah or sewa?
5) MUA
- Deby berkenan sangat dengan hasil tangan Vee, dari elfaiizens.com. sangat cantek. Harga pon reasonable. Nak ambil dia, tapi dia tak reply lagi, Deby takut dia xley amek je. Abis Deby kena carik MUA lain nanti.
6) Hand bouquet
- nak tempah boleh tak? Hihi
7) catering
- yang ni Deby tak carik lagi.
8) canopy
- mama kata kawan opis dia tau kat mana nak tempah. Nanti Deby balik KL Jumaat ni nak pergi tengok.
9) Goodie bags
- sabun rose (dah beli sikit nak buat contoh.)
- ribbons (nanti beli)
- wajik or brownies (ni tak sure mana satu)
- white/ cream paper bag (kena carik, tak tau kat mana!)
- tag (mama nak buat, tapi Deby rasa baik tempah je. murah je pon kt ilikecards tu)
10) Photographer
- sampai sekarang Deby tak sure nak ambil ke tak. Semua suruh hire je, sebab nanti rugi kalo tak ambil. Deby ingat nak hire iszupictures, sebab hari tu masa uncle Deby punya wedding, wife dia hire is ni, and hasil kerja dia memang not bad.
11) Hantaran!
- 5 balas 7.
- semua buat sendiri
- fresh flowers (kena tempah dulu)
- dulang nak pakai dulang kayu (beli kat nilai 3 nanti, buy 1 free 1 kata MD)
- isi dulang nanti Deby cerita post lain ye
Ada pape lagi ke yang Deby tertinggal ek?
Phase One : Pika Diet Dasyat
9 years ago
2 comments:
yeay.. dah ada list. gud luck dear :)
thx dear!
Post a Comment