CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 26, 2011

Habib Jewels Mid Year Sale

I am sure ramai yang dah tau ni, especially untuk B2B yang belum beli cincin cam Deby. hikhik.

Habib sale dari 27 mei hingga 12 jun. (P/S: MR F! jum pegi cepat! hikhik)

Bila tengok brochure dia, not bad gak. Oh, ley check brochure dia kat sini: habib jewel sale

Mr F deby pon teruja tgk brochure dia. hihi. siap dia point out 2-3 cincin yang dia kenan.

Deby still belum beli engagement ring nih. tapi budget pon ciput je. not more than 2k. agak2 ok tak habib ni? or patut deby g survey tempat lain, cam goldheart ke, tomei ke? any suggestions? hihi.

deby aim 18k white gold je, simple2 je. maybe diamond sebijik. tak ada cert pon takpe kot, cam sket sgt budget tu nak dapat cert. huhu. deby kenan cincin cenggini je (semua gambar ni source dari Mr Google k):

atau cenggini:

or camni:

0.7 carat. meleleh je tgk.. >.<


tapi cam berangan je kn ngn budget sket. takpe la, deby pon paham. asal cantik di tangan, xkisah le ade cert ke tak. asal menepati criteria: 18k white gold + REAL diamonds. dah cukup dh. hihi

P/S: dapat dah offer letter dari Imperial College. Ntah la, tak tau la lepas ke tak kt kpt nie. :(

May 23, 2011

Cerita Merisik

Salam semua.

Nak tau tak? Semalam family mr F datang merisik deby. Hukhukhuk

Masa tu deby ada kat Kulim. Outstation, de keje kat situ. Tapi keje2 pon tak senang ati jugak. Dok fikir, apelah jadi kat rumah.

Mula2 yang merisaukan Deby, family Mr F tak nak ramai2 masa merisik ni. Tapi tetibe uncle2 and aunty2 deby ramai datang ke rumah. Deby dah risau nanti kang family dia tak selesa.

tapi alhamdulillah, mama cakap semua berjalan lancar. Dia pon suka dengan bakal besan dia. Okay je dia kata. deby dah riang gembira dah.

Tapi tetiba mama deby bawak berita mengejutkan... (grr)

Diorang decide nak tukar tarikh tunang tu. Nak awalkan seminggu, jadi 17 julai pulak.

Deby dah freaked out gila semalam.

Kan deby dah booked MUA, OP, catering ngan dah tempah tag untuk 23 julai?????????

Terus kelam kabut deby. Thank God deby ade BFF yang sgt2 best, Uda and Amoi. Sebab diorang tolong tenangkan deby. Ecceh. Luv u guys alot!

Deby dah check ngan OP. Alhamdulillah, dia still free 17 julai. So confirmed tukar tarikh.

Deby check website Vee (MUA). Masih kosong 17 julai. tapi deby dah email die untuk tukar. Unfortunately dia tak balas lagi. dup dap dah.

Deby check ngan faizah ilikecards, tempat deby tempah tag tu. Okay, tag dah printed. Alamak. Erm. Atas tag tu ada tulis tarikh. camne ek? nak tempah baru or nak modified tag tu je? takot tak cantik plak kalo modified dia.

Catering je tak tau apa berita. tapi ni deby serahkan pada mama deby.

Alhamdullilah tak ada isu sangat la tukar tarikh ni. Tukar pon bukan sebab apa, ramai family deby tak boleh attend 23 julai tu. mama kata tak best la kalo adik beradik dia tak ada. Betul gak kata dia.

Lagi satu, asalnya mama yang nk buatkan hantaran. tapi tetiba aunty deby sorang ni insists nak buatkan. nampak sangat bersemangat. mama deby mengalah. deby tak kisah pon, asalkan mama tak kecik ati sudah. tapi dia pon okay. lagipon mama dah busy nak buatkan mini pelamin tu kan?

all in all, deby gembira sangat sebab everything nampak ok. walaupon majlis deby nanti ni tak seberapa sangat, simple2 je, tapi asalkan semua orang happy and puas ati, kita pon eppy and puas ati la kn?

Pesanan deby untuk orang2 lain yang dah nak rancang untuk tunang bebagai ni, janganlah tempah apa2 selagi belum merisik atau belum berbincang bagi kedua2 belah family. ni nasib baik merisik lagi awal dari sepatutnya. dulu nk merisik bln 6 je. kalo buat bln 6 aritu, mana sempat nak tukar2 cam sekarang? kiranya semua yang jadi ada hikmahnya laaa. :)

May 19, 2011

hukum mengganggu tunangan orang

Ni deby terjumpa tadi masa tgh gatal2 surf sana sini.

Deby bukan pakar, jahil je dalam benda2 camni. ni deby copy paste dr al-fikrah.net

Wallahu a'lam. Peringatan untuk kita semua b2b nie. hihi

Haram mengganggu tunang orang dan haram mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.
tahqiq / takhrij hadith dari Jab Hadith: 
hadith sahih - 
لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) 




Entri pendek: saya tgh nervous!

Kenapa deby neves? Seyes deby tak paham.

Tak patut pon nervous. Baru nk merisik. Deby pon xde time tu.

So nape dup dap dup dap. Nape asyik tgk calendar? Nape bile tgk tix counter tu rase cam, alamak.

Oh. maybe sebab deby takot families kitorang tak ngam. Takot family dia tak suke. Family deby biase2 je. tak  kaya, tak papa.

Takot nanti mama deby wat keras kepala dia. Asyik sgt dengan adat.

Takot family die pon wat keras kepala gak. Sebab nak simple sangat.

Oh, ideologi families kami pon dah berbeza.

Oh nervousnyeeeeeee

May 18, 2011

The Best Bride & Groom Pose Ever

Oh, first time deby kena tag, dengan cik yuzz. Contest ni dibuat oleh b2b emahsomel
So, deby kena bubuh pose faveret deby. So dengan jujurnye deby nak ckp, pose cenggini lah my feveret of all time.

credit: acaii jawe
Kenapa? Sebab husband n wife ni nampak sangat happy, pimpin tangan saje berjalan to the future. ecceh, simbolik gitu. tp seyes lah. deby suke, lagi2 tgk muka yg happy tu. hihi

okay, saya perlu tag 5 orang. erk.


good luck dears! hihi

May 17, 2011

Update pasal dulang

first of all, deby nak cakap, i luv all bloggers b2b very much! korang mmg sgt best and sgt2 membantu ok?

so after discussion n mcm2 lagi la dengan mama, kitorang decide untuk beli je dulang. Sebabnye, tak dapat nak sewa dulang yang sebijik cam yang mama nak. deby pening gak, sbb tambah lagi cost, tapi dah mama nak camtu, deby terpakse la akur je...

Dulang yang we all decide nak beli:


credit: gaya hantaran
rupe dia lebih kurang cenggini lah. 
Mama nak dulang kayu. haih. deby ikut je....

and alhamdulillah, deby dah dapat caterer. dekat je ngan area rumah deby. murah pon murah, caterer baru naik kot. and sangat-sangat bagus. sebab sanggup datang rumah untuk discuss. siap bawak sample rempeyek dia lg. mama sangat happy, so deby happy gak lah. hopefully food dia nice. oh, boleh check out this caterer: risya. mama kata dia sangat soft spoken n comel je orang dia. business turun temurun. :)

canopy pon dah settle, alhamdulillah.

Things are looking good. Mr F tadi cakap dia pon akan turun merisik. Unfortunately I won't be there. Hopefully everything will go smoothly.




May 14, 2011

HELP! Nak carik caterer area nilai/seremban/sepang

kawan2, tolong Deby pleaseee. Deby ngah carik caterer ni. And memang tak ramai amek 100 pax je. And dah jadi isu pulak dengan mama pasal ni. Sesapa tahu tak any caterers yang ley amek 100 pax?

Please help!

Saje nk tunjuk gambar

Deby saje je nk tunjuk gambar Deby ngn Mr F. Hihi. Sje nk introduce Mr F ni sebenarnye.

ni masa kat shout awards last year

Kitorang kenal dah agak lama jugak, dari Deby second year kat UTM lagi. Masa tu Deby join festival kolej Deby, join committee futsal (walhal deby tak reti main pon!).

Mr F ni macam ketua activity la, lebey kurang gtu. Deby xpenah jumpa dia pon before this. First time jumpa, Deby ngah marah2 sebab ada problem sket ngan game futsal tu. Pakcik ni plak pelik je tengok Deby marah2 tu (kata dia la).

Pastu dia banyak gak tolong Deby. Last2 jadi kawan baik la. Dulu2 bila dia marah deby, mesti deby nanges. Sekarang dah lali dah. hikhik.

Kalo nak kenang balik zaman dulu2, best woo. Tapi ada gak detik2 hitam (gerun je bunyi dia). Penah ada masalah besar la time tu. Masa tu dah 2 tahun lebih Deby ngan dia. Masa tu nak give up pon ada. Huhu. Tapi entah macam mana, maybe jodoh kuat ke, or banyak bertahan ke, sabar ke, akhirnya kitorang dapat melalui zaman tu bersama2. Sampai sekarang. sebab tu sayang sangat dengan dia. <3 Dari deby kurus sampai la gemok sekarang ni, dia ada dengan Deby.

Harapan Deby moga kekal sampai la bila2. Aminnnn

P/S: td dia call dh beli cincin risik. Oh nape mahal sangat? Dia kata xpe lah, dia tak pernah beli barang kemas untuk deby. I heart u lah dear. hihi. Risau dah.  Takot size salah. Family dia datang ahad minggu depan.

P/P/S: nampak x double chin dalam gambar tu? Camne nak reduce ek?



May 13, 2011

Kerisauan... (& cerita baju tunang)

Ni entry luahan rasa je k. Hihi

Lately ni Deby dok risau macam-macam. Semalam sampai Deby tak boleh tido sampai kul 5 pagi. Rasa runsing pon ada ni. Jadi hari ni pergi kerja macam berada di awang-awangan je.

Deby risaukan:

1) Tempat PhD tak dapat-dapat lagi. Silap Deby lah sebab apply tak banyak (and lambat). Dateline dah dekat sangat. Tapi Alhamdulillah, tadi Deby baru dapat offer letter dari RMIT University. Tapi, Deby rasa Deby nak jugak pergi Imperial College London. Entah laa.. Tambah runsing baru. Sebab Deby tak dapat lagi offer letter dari ICL nie. Dan Deby tak sempat nak masuk meeting KPT bulan ni. Pening sangat.

2) Deby risau sebab catering tak dapat lagi. Tak banyak pulak caterers yang nak cater 100 pax. Ada sesapa tau tak good caterers area Nilai or Salak Tinggi?

3) Deby risau baju tunang nanti tak cantik. Itulah masalahnya kalo tempah, kita tak tau apa akan jadi nanti. Kan dulu Deby nak beli or sewa je? Tapi Deby dah terjebak beli kain. Cerita dia macam ni, mula2 Deby pergi test baju kat satu kedai ni, dia banyak jual baju nikah. Deby berkenan dengan satu baju kurung ni, lace and satin and sangat simple. Jadi Deby beli lah. Harga pon RM200, ok lah within budget.

So bila balik tu, Deby keluarkan baju tu dalam kereta sebab nak tengok dekat outdoor light. Belek punya belek, tengok2 ada stain warna merah (macam kapur tu) kat belah belakang, tulis huruf S (size dia lah kot). Terus Deby pusing balik pergi kedai tu. Orang kedai tu try cuci dengan air (katanya kalo kapur pakai air pon hilang), tapi tak hilang langsung. Jadi dia mintak lah Deby pilih baju lain, sebab baju tu dah tak ada size S.

Deby try banyak baju, tapi langsung tak berkenan. So mintak refund balik, tapi dah jadi isu pulak. Last2 mak Deby yang taknak bertekak dan bazir masa tu, cadangkan Deby ambik kain yang sama harga ngan baju tu. Last2 ambil la kain yang paling simple (tak sukaaaaaaa yang berat2!), kain lace biasa. Adoiii.

Kemudian Deby hantar la kain tu pergi tailor. Nak buat kurung pesak tapi tailor cakap tak cantek. Design sana sini last2 jadi mahal sangat. Frust Deby sebab over budget.

Ni la yang risau ni. Kain dah mahal. Upah Jahit dah mahal. Takot tak cantek. Takot tak sedap pakai. Takot tak naik seri. Takot nampak gemok. Takot macam2 lah!

And sekarang berat Deby tak turun2. Spare tyre masih macam tu lagi. Deby pon tak exercise sangat, sekadar jaga makan and skipping bila rajin. Ape laaa nak jadi nie.

Risau! hopefully boleh tido lah malam nie.

P/S: tarikh merisik dah tukar. 22 Mei ni. Cepat lah pulak. Tapi Deby tak ada time tu, kena outstation pergi Kulim. Nasib mak si dia tak kisah. Lagipon dia dah kenal Deby. Hopefully tak ada apa2 lah.

May 7, 2011

Short Update: Save the date

Lawak je kan cam engagement pon nak buat save the date card. Tapi ni hasil tangan my dear friend Cik Uda. Hehe.

Simple and sweet. <3

May 3, 2011

Short Update: TQ Tag dan Paper Bag

Deby tempah TQ tag dari ilikecards. 100 pcs semuanya, murah sangat. Happy gile.. Hehe

Tapi now Deby pening sket pasal paper bag, Faizah cakap dia tak ada paper bags. Sesapa tau tak vendor untuk paper bags?

May 1, 2011

Rose petals

Ni Deby saje2 nak kongsi cara Deby (or lagi tepat, mama Deby) hias rose petals soap yang Deby post hari tu.
Rupanye rose petals  nie boleh main cabut2, Deby tau pun sebab masa Deby nak transfer rose petals ni, dia terjatuh. hehe.

Asalnya macam ni
Pastu Deby tukar petals yang tengah dengan colour pink
sweet x?
letak ribbon kat bawah
Deby suka sangat! Hehe. Kalo nak beli rose petals ni kat nilai 3, pergi kt WS, jangan pergi tempat lain. Yang lain mahal sangat. 

P/S: haritu Deby pergi Semua House, Deby de beli baju siap, lace ngan satin la. Murah. Tapi tengok2 balik ada kotor, ntah kotor pe ntah. Tak boleh hilang. Patah balik nak tukar, tak ada design yang sama, and tak boleh refund, cuma boleh tukar barang je. So Deby beli la kain lace. Now dah tak tau nak hantar mana. Deby ingat nak buat kurung pesak biasa je. Sesapa tau tailor yang murah2 tapi jahit halus? Huhuhu